Jejemput Nasi Coklat
Bahan-bahannya:
1 cawan nasi putih
1+1/2 cawan gandum
2 sudu milo/coklat (Ummi guna Malco)
2+1/2 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
1 cawan air
1/2 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam blender kecuali gandum. Blend/kisar hingga halus & sebati.
2. Tuangkan kedalam bekas, masukkan gandum, adun hingga sebati.
3. Panaskan minyak, sendukkan dengan sudu, goreng hingga warna keperangan.
4. Angkat & toskan minyak menggunakan Tissue Towel. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment