Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Saturday, February 11, 2012

KUIH KETAYAP


Kuih Ketayap


KULIT KETAYAP


Bahan-bahannya: (untuk 11 biji kuih ketayap)
1 cawan gandum
1+1/2 cawan santan/susu segar (Ummi guna 3 sudu besar susu tepung dibancuh dengan 1+1/2 cawan air suam)
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau/pes pandan
2 sudu minyak masak
2 biji telur


Cara Membuatnya:
1. Campur semua bahan kedalam blender bawang, blend hingga sebati.
2. Sapukan sedikit minyak keatas frypan (ummi guna kuali leper roti canai)
3. Panaskan frypan, tuangkan satu senduk bacuhan, ratakan dengan belakang senduk dalam bentuk bulatan (Kalau guna kuali rata roti canai)@ kalau guna frypan, lenggangkan fry pan tersebut supaya batter menjadi nipis & rat, masak dengan api yang perlahan..
4.Apabila permukaan batter bertukar daripada cecair kepada pepejal hijau, menunjukkan kulit ketayap sudah sedia untuk diangkat. (tak perlu dibalik)
5.Kulit ketayap sudah sedia untuk diisikan intinya.


INTI KUIH KETAYAP



Bahan-bahannya:
1+1/2 cawan kelapa parut putih
1/4 cawan air
1 keping gula melaka (@3 sudu gula perang/secukup rasa)
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan disimpul


Cara membuatnya:
1. Masukkan air, gula melaka, garam & daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga gula melaka larut.
2. Masukkan kelapa parut, kacau hingga sebati & kelapa bertukar menjadi perang.
3. Angkat, sejukkan & sedia untuk disudukan keatas kulit ketayap.




Cara Menggulung Kuih Ketayap:
1. Masukkan satu sudu makan dihujung kulit ketayap secara memanjang.
2. Lipat dengan mentup inti tersebut, kemudian lipat  dikiri & kanan hujung kulit.
3. Gulung sehingga habis.
4. Kuih ketayap sedia untuk dihidang.

3 comments:

  1. Apakah jenis cawan yang digunakan untuk sukatan? Adakah cawan biasa (yang warna putih jernih) atau cawan metrik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. K. Noor boleh rujuk panduan sukatan: http://ummiazilla.blogspot.com/2012/02/panduan-sukatan-berat-g-mengikut.html

      Delete
  2. Guna cawan metrik lebih tepat sukatannya...kalau x ada, cawan biasa pun boleh, saya guna cawan minum biasa aje...(Ummi guna cawan teh arcopal aje)pada pendapat saya guna cawan apa pun boleh, janji cawan yang sama, kerana nisbah sukatannya akan sama, cuma yang bezanya sikit @ banyak adunan yang kita akan dapat..bergantung besar @ kecil saiz cawan yang digunakan..TQ kak Noor...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...