Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Wednesday, February 29, 2012

SAYUR LEMAK PUCUK LABU

Sayur Lemak Pucuk Labu


Bahan-bahannya:
1 ikat pucuk labu, dipotong ambil bahagian lembut
1/2 cawan isi ikan mentah
1 biji bawang besar bombay/merah
2 biji lada merah dibelah
1/2 sudu teh lada hitam
4 cawan santan
Garam & gula secukup rasa
sedikit perasa




Cara Membuatnya:
1. Tumbuk lada hitam bersama ikan mentah & bawang besar hingga lumat.
2. Masukkan bahan tumbuk diatas kedalam periuk bersama santan, garam, gula & perasa.
3. Kacau hingga mendidih, masukkan pucuk labu & lada merah. Kacau hingga sayur layu ( selama 2 minit)
4. Angkat & sedia untuk dihidang.

Saturday, February 25, 2012

PANDUAN SUKATAN BERAT (g) MENGIKUT ISIPADU DALAM SUDU & CAWAN (saiz 8 oz cecair)



Bil.
Bahan
Cawan/Sudu
Anggaran Berat (g)
1.
Mentega/ Marjerin
1 cawan (padat)
185 g
2.
Gula Perang
1 cawan (padat)
190 g
3.
Gula Pasir/ Gula Castor
1 cawan
190 g
4.
Gula Aising
1 cawan
125 g
5.
Susu Segar
1 cawan
196 g
6.
Susu Pekat Manis
1 cawan
260 g
7.
Susu Sejat
1 cawan
200 g
8.
Air
1 cawan
190 g
9.
Susu Coklat
1 cawan
205 g
10.
‘Non Dairy Creamer’
1 cawan
100 g
11.
‘Whipped Cream’
1 cawan
160 g
12.
Tepung Naik Sendiri
1 cawan
115 g
13.
Tepung Jagung
1 cawan
105 g
14.
Tepung Kastad
1 cawan
86 g
15.
Santan
1 cawan
200 g
16.
Pulut (Beras)
1 cawan
167 g
17.
‘Sponge Mix’
1 cawan
125 g
18.
‘Chocolate Chip’
1 cawan
160 g
19.
‘Fruit Cocktail’ (Dalam Tin)
1 cawan
240 g
20.
Kacang Tumbuk
1 cawan
120 g
21.
Minyak
1 cawan
175 g
22.
Ceri Hitam (Dalam Tin)
1 cawan
255 g
23.
Manik
1 cawan
160 g
24.
Serbuk Penaik/ Soda Bikarbonat
1 sudu teh
5 g
25.
‘Cream Of Tartar’
1 sudu teh
5 g
26.
Garam
1 sudu besar
20 g
27.
‘Chocolate Paste’
1 sudu besar
15 g
28.
Vanila
1 sudu besar
13 g
29.
Kopi Segera
1 sudu besar
5 g
30.
Koko Serbuk
1 sudu besar
5 g
31.
‘Chocolate Rice’
1 sudu besar
10 g
32.
Yis Segera
1 sudu besar
10 g
33.
Kacang Walnut
10 biji
20 g
34.
Ceri Bertangkai
10 biji
50 g
35.
Ceri Tanpa Tangkai
10 biji
48 g



Tambahan:
1 Sudu Besar = 3 Sudu Teh
4 Sudu Besar  =1/4 Cawan (saiz 8 oz cecair)

# Sumber: Koleksi Istimewa Resepi Masakan Koko
                    Jabatan Pertanian Malaysia (1995)

BUBUR LEMAK MANIS BIJI GANDUM

Bubur Lemak Manis Biji Gandum

Sebenarnya Ummi dah lama teringin nak makan bubur biji gandum, dah lama tak makan, tapi cari kat kedai susah nak jumpa, kebetulan minggu lepas p Slim River nak bayar bil Air, kononya nak jimat masa p waktu rehat tengah hari, tutup pulak, pukul 2p.m baru buka, apa lagi satu slim river Ummi round sementara nak tunggu pukul 2ptg. Sepatutnya, depa ni kena rehat waktu lain, jangan la sama dengan waktu rehat Jab. Kerajaan, bolehlah kurangkan waktu keluar dalam waktu pejabat......

Biji gandum ni Ummi beli kat Family Mart Slim River...


Bahan-bahannya:
250gm biji gandum dibasuh bersih.
5 cawan air (kalau tak cukup boleh tambah air)
1 helai daun pandan disimpul
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1/2 cawan susu sejat (optional)
1 sudu teh garam




Cara Membuatnya:
1. Rebus biji gandum dengan air sampai kembang, lembut & kering airnya.
2. Masukkan santan, gula, daun pandan & garam, sentiasa kacau hingga mendidih.
3. Tutup  api & sedia untuk dihidang.

CENDAWAN SHIMEJI GORENG BERSALUT TEPUNG

Cendawan Shimeji Goreng Bersalut Tepung


Bahan-bahannya:
150 gm cendawan shimeji putih
1 biji telur
1/2 cawan air
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan rempah kari ikan
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam@ secukup rasa
sedikit perasa
minyak untuk menggoreng


      

         



Cara Membuatnya:
1. Basuh & toskan cendawan shimeji.
2. Campurkan  semua bahan diatas dalam satu bekas, kacau hingga sebati.
3. Masukkan cendawan, gaulkan hingga sebati
4. Panaskan minyak, goreng hingga keperangan.
5. Angkat & sejatkan minyak dengan tissue towels.


# sedap dimakan panas-panas bersama sos cili.

KERABU KERANG BERSAMA KACANG BOTOL

Kerabu Kerang Bersama Kacang Botol

Bahan-bahannya: (untuk 3 pinggan)
1 cawan isi kerang yang telah direbus
1 cawan kelapa parut putih
1 cawan isi ikan rebus, dibuang tulang & diramas halus
2 biji lada merah dihiris serong (kalau nak pedas bubuh cili padi)
1 biji bawang holland dimayang halus
10 batang kacang botol dihiris nipis
1 biji limau nipis diambil jusnya.
Garam & gula secukup rasa
Sedikit perasa

Cara Membuatnya:
1. Goreng kelapa bersama isi ikan tanpa minyak hingga kering & tak melekat kat kuali (hingga keperangan)
2. Masukkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
3. Tutup api, masukkan kerang, jus limau nipis & semua bahan lain.
4. Angkat & sedia untuk dihidang.

Bahan Hiasan:
Daun salad & bawang bombay.


NASI GORENG CENDAWAN KAMPUNG BERSAMA TELUR DADAR

Nasi Goreng Cendawan Kampung Bersama Telur Dadar

Bahan-bahannya:
1 biji bawang besar bombay ditumbuk halus
4 ulas bawang putih diketuk
1/2 caditwan ikan bilis ditumbuk halus 
3 biji cili kering dipotong serong
1 cawan cendawan kampung dihiris kecil
1 pinggan penuh nasi putih
4 sudu besar kicap cair
Gula secukup rasa
Sedikit garam (bubuh sikit saja sebab kicap cair dah masin)
Sedikit perasa
Daun ketumbar sebagai hiasan
2 biji telur + garam, perasa & bawang-digoreng dadar
Sedikit minyak untuk menumis


Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan bawang & ikan bilis yang telah ditumbuk bersama cili kering, kacau hingga rempah masak.
3. Masukkan cendawan, kicap cair, garam, gula & perasa, kacau sekejap hingga sebati.
4. Masukkan nasi, kacau hingga sebati & kering.
5. Angkat, hiaskan dengan daun ketumbar & telur dadar. Sedia untuk dihidang.

Monday, February 20, 2012

LABU SIRA

Labu Sira

Bahan-bahannya:
1 biji labu (anggaran 1kg), dibuang kulit, dijurai & direndam dengan air kapur 30 minit. (supaya isi labu pejal & tak hancur apabila masak)
3 kuntum bunga cengkih
1 cawan air
1+1/2 karet gula melaka (4 sudu makan gula perang/gula putih-kalau suka manis letaklah lebih)
2 helai dau pandan
1/2 sudu teh garam


       


Cara Membuatnya:
1. Masukkan air, daun pandan , gula melaka & bunga cengkih ke dalam periuk, dikuti dengan labu yang disusun teratur didalam periuk.
2. Nyalakan api, masak dengn api yang agak perlahan. Tutup dengan tudung periuk, biarkan selama 10-15minit.
3. Buka tudung periuk, angkat & sedia untuk dihidang. 




* Juga sedap dimakan bersama dengan susu sejat.

KARIPAP INTI KENTANG & AYAM

Karipap Inti Kentang & Ayam

Pastri/Kulit Karipap

Bahan-bahannya: 
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan shortening
2 sudu makan marjerin/planta
1/2 cawan air sejuk dari peti ais
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng.

           

                                      
Cara membuatnya:
1. Ramas gandum bersama shortening & planta hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan air & garam, uli sehingga lembut & kenyal.
3. Jadikan doh kepada 5 bahagian.
4. Canaikan setiap bahagian hingga nipis, terapkan dengan mulut gelas untuk dapatkan bentuk bulat.
5. Canai sekali lagi kepingan bulatan tadi supaya menjadi lebih nipis & lebar.
6. Letakkan inti, tutup & tangkupkan kedua belah hujung.
7. Kelimkan disekelilingnya. Ulang langkah diatas sehingga habis doh & inti.
8. Karipap sedia untuk digoreng/ disimpan didalam freezer.

Cara Simpan Karipap Dalam Freezer:
1. Masukkan Karipap yang belum digoreng kedalam bekas yang bertutup. Susun dalam keadaan baring. 
2. Untuk lapisan kedua, lapiskan dengan plastik dulu sebelum tindan karipap yang seterusnya. Insyaallah tidak melekat, dan mudah untuk diambil kemudian hari.
3. Tutup bekas tupperware yang berisi karipap & simpan dalam bahagian sejuk beku.


Inti Karipap
1 cawan isi ayam yang dicincang
2 cawan kentang dipotong kecil 
1 biji bawang besar dicincang halus
1 sudu makan serbuk kari
Garam & gula secukup rasa
Sedikit perasa
Minyak untuk menumis 

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau, masukkan serbuk kari, ayam & kentang, kacau hingga ayam masak.
2. Masukkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
3. Angkat, biarkan sejuk & sedia untuk disudukan ke atas pastry karipap.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...