Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Umamah al-Bahiliy r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah maka Allah akan meletakkan diantaranya dan neraka satu pemidang yang besarnya adalah jarak diantara bumi dan langit. (HR Tirmizi)

Random Hadith Widget

Monday, June 25, 2012

TUMIS AIR SAWI BUNGA BERSAMA BILIS

Tumis Air Sawi Bunga Bersama Bilis

Bahan-bahannya:
300gm sawi bunga dipotong kecil
2 biji tomato dibelah 8
1/2 cawan ikan bilis belah
4 cawan air
1 biji bawang besar merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis


       

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih & bawang merah hingga naik bau & kekuningan.
2. Masukkan ikan bilis, kacau selama 2 minit.
3. Masukkan air, garam, gula & perasa, biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan sawi & tomato, kacau selama 1 minit & angkat.
5. Sedia untuk dihidang.



Bahan Hiasan:
Kulit tomato yang digulung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...