Bacalah Walau Sedetik

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah maka Allah menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, sama ada dengan cepat atau dilambatkan sedikit. (HR Tirmizi)

Random Hadith Widget

Wednesday, June 20, 2012

SAMBAL UDANG PETAI

Sambal Udang Petai

Bahan-bahannya:
25 ekor udang dibuang kepala & ekor
1+1/2 biji bawang besar holland dimayang @ cincang halus
4 ulas bawang putih diketuk@ ditumbuk kasar
4 sudu makan cili boh
1 sudu makan air asam jawa
3 papan petai (30-35 biji), dikopek, dibuang selaput & dibelah 2
1.5 cm halia dimayang halus
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis (anggaran satu senduk kecil)


        

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar & halia, kacau hingga layu.
3. Masukkan cili boh & petai, kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan udang, garam, gula, air asam jawa & perasa, kacau hingga sebati & udang masak (kulit udang bertukar kemerahan.
5. Angkat, sedia untuk dihidang. Hiasan ummi guna pucuk daun kemangi.


        

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...