Bacalah Walau Sedetik

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga. (HR Muslim)

Random Hadith Widget

Friday, June 29, 2012

DAGING GORENG KICAP


Daging Goreng Kicap

Bahan-bahannya:
350gm daging bahagian lembut dihiris nipis
1 biji bawang besar dimayang@ cincang halus
4 ulas bawang putih diketuk
3 keping hirisan halia dimayang halus
1 cawan air
1 cawan kicap lemak manis ( Ummi guna brand Jalen)
1/2 sudu teh pes asam jawa (Ummi guna brand Adabi)
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak zaitun untuk menumis


             

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan bawang besar & halia, kacau hingga kekuningan.
3. Masukkan daging, kacau sekejap hingga bertukar warna dari kemerahan hingga pudar
4. Masukkan kicap, air, garam, gula, asam jawa & perasa, renehkan 15 minit sehingga kuah pekat & daging empuk. (Tutup dengan tudung periuk supaya daging cepat empuk)
5. Angkat, hiaskan dengan kulit tomato & daun sayur minyak. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...