Bacalah Walau Sedetik

Dari Abdullah r.a berkata bahawa aku melihat Rasulullah SAW mengerjakan solat, dan terdengar dari dadanya suara seperti putaran batu gilingan kerana tangisannya. (HR Abu Daud)

Random Hadith Widget

Sunday, June 10, 2012

SAMBAL PETAI IKAN BILIS

Sambal Petai Ikan Bilis


Bahan-bahannya:

1 cawan ikan bilis dicuci bersih & ditoskan

3 papan petai, dibuang kulit & dibelah 2 (25-30 biji petai)2 biji besar bawang merah dikisar
1 biji bawang besar holland dimayang halus
1cm halia dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
1 hirisan lengkuas dikisar
4 sudu makan cili boh
1 keping asam keping
garam secukup rasa
gula melaka@ nissan secukupnya
sedikit bahan perasa
sedikit air
minyak untuk menumis



 

            

Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang besar yang dimayang hingga layu
2. Masukkan bahan kisar & cili boh, kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan ikan bilis, petai,  sedikit air, garam, gula melaka, asam keping & sedikit perasa. Kacau hingga kuah pekat & berkilat.
4. Angkat & sedia untuk dihidang. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...