Bacalah Walau Sedetik

Dari ‘Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian dan berilah hadiah diantara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan. (HR Muwatta’ Imam Malik)

Random Hadith Widget

Sunday, June 10, 2012

SINGGANG DAGING BUDU

Singgang Daging Budu

Bahan-bahannya:
300gm daging dihiris nipis, dicuci bersih & ditoskan
2 biji bawang merah besar dikisar
3 hirisan lengkuas dikisar
2 sudu makan ketumbar dikisar
1cm halia dikisar
1 keping asam keping
3 sudu makan budu
7 biji cili padi
6 cawan air
garam secukup rasa (kurangkan garam coz budu dah masin)
gula melaka@ nissan secukup rasa
sedikit bahan perasa

        

Cara Membuatnya:
1. Perapkan daging dengan bahan kisar 15-30minit
2. Panaskan air hingga mendidih, masukkan bahan perapan diatas.
3. Masukkan budu, garam, gula melaka, bahan perasa, cili padi & asam keping, renehkan sehingga daging empuk.
4. Angkat, hiaskan dengan daun ketumbar & bawang goreng, sedia untuk dihidang

BUDU

           

Budu ialah sos bilis, berasal dari negeri kelantan, Ia diperbuat dari Ikan Bilis yang diperap. Budu sedap dimakan bersama Nasi Kerabu & sebagai pembuka selera lauk pauk yang lain.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...