Bacalah Walau Sedetik

Hadzrat Talhah ibnu Ubaidullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang mana barangsiapa membacanya ketika hampir matinya, kecuali mendapati ruhnya amat tenang keluar dari pada jasadnya dan kelak akan menjadi nur baginya pada hari Qiamat. (Kalimah itu ialah La ilaha illallah). (HR Abu Ya’la, Majma uz Zawaid)

Random Hadith Widget

Monday, June 18, 2012

DAGING GORENG HALIA BERSAMA KENTANG

Daging Goreng Halia Bersama Kentang

Bahan-bahannya:
250 gm daging (bahagian lembut, cth daging batang pinang)
2 cm kunyit hidup ditumbuk
1.5 cm halia ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 cm halia dimayang halus
2 tangkai lada merah dipotong serong
1 biji bawang besar holland dimayang
2 biji kentang dipotong 8
1/2 cawan air
garam secukup rasa (anggaran 3/4 sudu teh)
sedikit bahan perasa
minyak untuk mengoreng (anggaran 1 senduk)


        

Cara Memasak:
1. Perap daging dengan bahan tumbuk (bawang putih, halia & kunyit), bersama garam & bahan perasa selama 15-30 minit)
2. Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap, kacau sekejap, masukkan 1/2 cawan air, tutup dengan tudung periuk, perlahankan api, renehkan sehingga kering.
3. Masukkan kentang apabila air daging hampir kering (separuh masa untuk mereneh).
4. Apabila air telah kering, masukkan hirisan halia, bawang besar & lada merah, kacau sehingga bawang layu.
5. Angkat, hiaskan dengan daun kemangi & belahan lada merah. Sedia untuk dihidang.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...