Bacalah Walau Sedetik

Dari Arfajah bin Syurah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tangan Allah di atas jemaah. Yakni pertolongan Allah yang khusus adalah bersama jemaah. Kerana ini, sesiapa yang berpisah dari jemaah, maka syaitan bersamanya dan sentiasa cuba menyesatkannya. (HR Nasa’i)

Random Hadith Widget

Thursday, June 14, 2012

KURMA AYAM PANGGANG

Kurma Ayam Panggang
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam, dipotong 2, diperap garam, kunyit serta perasa & dipanggang/bakar hingga masak.
1 biji bawang besar merah dikisar
1cm halia dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 sudu makan serbuk rempah kurma dibancuh dengan sedikit air
2 biji lada hijau dibelah 2
1 sudu makan air asam jawa
3 cawan santan
garam & gula secukup rasa
sedikit perasa
minyak untuk menumis


       

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak tumis bahan kisar bersama bunga lawang & buah pelaga hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma, kacau hingga rempah masak.
3. Masukkan santan, garam, gula, air asam jawa & perasa. Kacau hingga kuah pekat.
4. Tuangkan kuah keatas ayam panggang tadi.
5. Hiaskan dengan ukiran tomato, sedia untuk dihidang.

        

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...