Bacalah Walau Sedetik

Dari Abdullah r.a berkata bahawa aku melihat Rasulullah SAW mengerjakan solat, dan terdengar dari dadanya suara seperti putaran batu gilingan kerana tangisannya. (HR Abu Daud)

Random Hadith Widget

Monday, February 6, 2012

NASI CARROT, AYAM MASAK MERAH

Nasi Carrot, Ayam Masak Merah


Bahan-bahannya:
6 pot beras
Air secukupnya
3 sudu besar planta/marjerin
1 biji bawang besar dimayang halus
1 batang carrot disagat halus
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 sudu besar tomato puree
1/2 cawan susu cair/sejat
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa/kiub pati ayam




Cara Membuatnya:
1. Cairkan planta, tumis bawang besar bersama buah pelaga & bunga lawang hingga naik bau, masukkan tomato puree, kacau hingga naik minyak.
2. Masukkan beras, air, susu cair & perasa. Akhir sekali masukkan c
3. Pindahkan periuk nasi ke tapaknya, Tekan cook, biarkan hingga masak.


AYAM MASAK MERAH





Bahan-bahannya:
3/4 ekor ayam dipotong biasa, digaul bersama garam, kunyit & digoreng separuh masak.
4 biji bawang merah besar dikisar
1.5cm halia dikisar
1 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dicincang
6 sudu makan cili boh
2 sudu makan tomato puree
1 karet gula melaka/ gula secukup rasa
1 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Daun ketumbar sebagai hiasan
Minyak untuk menumis


Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih & bawang besar yang dimayang hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, cili boh & tomato puree, kacau hingga naik minyak.
2. Masukkan garam, gula melaka, perasa & sedikit air. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan ayam, kacau hingga sebati, perlahankan api, tutup tudung periuk, biarkan sehingga kuah pekat. Kacau sekali-sekala supaya tidak hangit.
4. Angkat & sedia untuk dihidang bersama nasi carrot, taburkan hirisan daun ketumbar diatasnya.


ACAR MENTAH




Bahan-bahannya:
1 biji timun dipotong 3, dibuang pulur, dibelah kecil memanjang.
1 biji carrot dipotong memanjang
1 biji bawang besar holland, dibelah 2 & dimayang halus.
200ml air masak
2 sudu cuka makan
2 sudu makan gula
1 sudu teh garam


Cara Membuatnya:
1. Bancuh air bersama garam, gula & cuka hingga larut.
2. Gaulkan bersama timun, carrot & bawang.
3. Sedia dihidang bersama nasi carrot.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...