Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiga manusia adalah merupakan tanggungan Allah SWT jika mereka hidup, mereka akan diberi rezeki dan akan dibantu dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Dan jika mereka meninggal dunia maka Allah SWT akan memasukkan mereka ke dalam syurga. Pertama ialah orang yang masuk kerumahnya lantas memberi salam, kedua orang yang pergi ke masjid, ketiga orang yang keluar dijalan Allah SWT. (HR Ibn Hibban)

Random Hadith Widget

Saturday, June 9, 2012

GULAI DARAT DAGING SALAI

Gulai Darat Daging Salai

Bahan-bahannya:
600gm daging batang pinang (bahagian yang lembut)-dipotong 4, digaul garam, kunyit & sedikit perasa & disalai/ dibakar hingga masak/ separuh masak. Ummi salai atas dapur gas aje. Apabila dah masak/ hampir masak barulah dihiris nipis.

4 cawan santan dari satu biji kelapa
2 biji bawang besar merah dikisar
1 hirisan lengkuas dikisar
2 sudu teh ketumbar dikisar
1.5cm kunyit hidup dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
1 batang serai diketuk
1 keping asam keping
2 biji kentang dibelah 4
1 sudu makan cili boh
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa

         

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk, kacau sekali-sekali hingga mendidih.
2. Perlahankan api, tutup dengan tudung periuk, renehkan hingga pecah minyak & daging empuk.
3. Hiaskan dengan belahan lada merah, sedia untuk dihidang.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...