Bacalah Walau Sedetik

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang istiqamah bersolat 12 rakaat, Allah akan membinakan mahligai untuknya di dalam syurga. (12 rakaat itu ialah): 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat sebelum Subuh. (HR Nasa’i)

Random Hadith Widget

Tuesday, June 26, 2012

NASI GORENG PETAI BERSAMA UDANG

Nasi Goreng Petai Bersama Udang

Bahan-bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih
6 ekor udang dibuang kepala
12 biji petai, dibuang kulit & dibelah 2
2 sudu makan cili boh
1 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji telur
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis


         

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik  bau
2. Masukkan bawang besar, kacau hingga kekuningan.
3. Masukkan cili boh, kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan udang, petai, garam, gula & perasa, kacau hingga udang masak.
5. Pecahkan telur, kacau hingga telur berketul.
6. Masukkan nasi putih, kacau hingga kering & tidak melekat.
7. Angkat, sedia untuk dihidang.

Bahan hiasan:
buah tomato ceri yang dibelah 8

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...