Bacalah Walau Sedetik

Dari Mahmud bin Labidh r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Dua benda yang mana tidak disukai oleh manusia, pertama ialah maut sedangkan maut itu lebih baik daripada fitnah. (kerana dengan kematian manusia akan terhindar dari fitnah yang boleh merosakkan agama). Kedua ialah kurangnya harta, sedangkan dengan kurangnya harta sedikitlah penghisabannya di hari akhirat kelak. (HR Musnad Ahmad, Majma uz Zawaid)

Random Hadith Widget

Saturday, June 9, 2012

PULUT DURIAN

Pulut Durian

Bahan-bahannya:
buah durian- dibelah & diambil isinya
500gm Pulut yang dimasak kosong (air untuk masak pulut adalah kurang  jumlahnya dari masak nasi putih biasa)
4 cawan Santan mentah + 2 sudu teh garam dimasak hingga mendidih (sentiasa kacau supaya tak pecah minyak, bila mendidih, terus tutup api)
gula secukupnya


          


Cara membuatnya/menghidang:
1. Sendukkan pulut kedalam mangkuk/ pinggan.
2. Siramkan kuah santan keatasnya,
3. Taburkan gula keatasnya semanis rasa.
4. Letakkan isi durian diatasnya, gaulkan, sedia untuk dinikmati.


       

2 comments:

  1. Pulut durian...kegemaran arwah bapa saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya orang Kelantan & Kedah yang biasa makan cara ni...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...