Bacalah Walau Sedetik

Dari Masturid bin Syaddad r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Demi Allah tiadalah dunia ini jika dibandingkan dengan akhirat adalah seumpama salah seorang daripada kamu yang memasukkan anak jari ke dalam sebuah lautan dan diangkat, maka lihatlah sebanyak mana air yang melekat di jari itu (begitu sedikit) begitulah jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat. (HR Muslim)

Random Hadith Widget

Wednesday, June 27, 2012

POKOK KADUK

Pokok Kaduk 





Nama Saintifik: Piper Sarmentosum
Nama Botani : Piper Sarmentosum Roxb
Nama Lain: Karuk, Wild Pepper Leaf, Sirih Tanah, Kado-kado, Gofu Tofere, Betel Leaf (English)
Famili : Piperaceae
Genus: Piper
Negara Asal: Malaysia, Borneo & Indonesia

Khasiat :
1. Melawaskan kencing - Rebus pokok kaduk bersama akarnya & diminum.
2. Merawat Demam Malaria- rebus daun kaduk  & diminum air rebusannya.
3. Melegakan  selsema, sakit pinggang, sakit gigi & sengal tulang, sembelit- minum air rebusan daun kaduk & akarnya.
4. Cacing Dalam Perut-Mandi dengan air ramasan daun kaduk
5. Melegakan batuk-Sapu bahagian leher dengan daun kaduk yang dikisar halus bersama sedikit air
6. Panau- Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk yang ditumbuk lumat.
7. Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan darat,  dsb.

Penerangan : Sejenis pokok herba renek yang tumbuh liar menjalar, hidup ditempat yang redup & lembap . Daunnya berwarna hijau & bentuknya menyerupai seakan-akan pokok sirih, mempunyai aroma yang kuat. Cara pembiakannya ialah melalui anak benih & keratan batang.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...