Bacalah Walau Sedetik

Dari Sahl bin Sa’ad r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Agama ini adalah satu khazanah kenikmatan. Khazanah-khazanah nikmat ini mempunyai anak-anak kunci. Berbahagialah hamba itu yang Allah telah menjadikannya kunci kebaikan (dan) penutup kejahatan. Yakni Allah telah menjadikannya asbab hidayat. Dan kebinasaanlah buat hamba yang Allah Ta’ala telah menjadikannya kunci kejahatan (dan) penutup kebaikan. Yakni menjadi punca kesesatan. (HR Ibn Majah)

Random Hadith Widget

Tuesday, June 19, 2012

DAGING GORENG KUNYIT BERSAMA KACANG PANJANG & KENTANG


Daging Goreng Kunyit Bersama Kacang Panjang & Kentang


Bahan-bahannya:
300 gm daging bahagian lembut (batang pinang) dihiris nipis,
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 cm kunyit hidup ditumbuk
6 tangkai kacang panjang dipotong kecil (anggaran 2 inci)
2 biji kentang dipotong 8
2 biji tomato dipotong baji 8
1 biji bawang besar holland dimayang
1/2 cawan air
garam secukup rasa (anggaran 3/4 sudu teh garam)
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis


         

Cara Memasak:
1. Perap daging bersama kunyit, garam, bawang putih & perasa selama 15-30 minit.
2. Panaskan minyak, masukkan daging, kacau sekata, masukkan air, perlahankan api, tutup dengan tudung periuk, renehkan sehingga air hampir kering, masukkan kentang, tutup balik dengan tudung periuk, biarkan sehingga kering air  (kalau daging masih tak empuk, boleh tambah air & terus reneh jika perlu).
3. Masukkan kacang panjang, tomato & bawang besar, kacau sehingga bawang layu.
4. Angkat, hiaskan dengan belahan tomato ceri, sedia untuk dihidang.

2 comments:

  1. assalam
    sedap lauk ni, ada kacang, kentang sesuai ni anak2kan, lama tak makan daging hu hu

    ReplyDelete
  2. Ya memang sedap, anak-anak saya memang suka makan dengan nasi panas & kicap.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...