Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Saturday, March 9, 2013

TOM YAM TALAY (Tom Yam Seafood)

 
Tom Yam Talay (Tom Yam Seafood)

Bahan-bahannya: (untuk 5 orang makan)
10 ekor udang dibuang kulit (tinggalkan bahagian ekor), dibelah belakang
1 keping isi ikan (ikan merah, kerapu dsb)
5 ekor sotong dipotong kecil
4 cawan air
1 cawan susu cair
6 keping hirisan lengkuas
2 batang serai diketuk
3 sudu makan pes cili dalam minyak maepranom
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan jus limau nipis
7 biji cili padi diketuk
1/2 biji bawang besar holland dibelah 6
2 sudu teh perasa ( ummi guna maggie cukup rasa)
7 kuntum cendawan segar dibelah 2
Daun ketumbar untuk hiasan


           

Cara membuatnya:
1. Rebus air bersama serai & lengkuas sehingga mendidih.
2. Masukkan pes cili, sos ikan, jus limau nipis, cendawan & cili padi
3. Masukkan semua makanan laut bersama bawang besar & daun limau purut. Kacau selama 2 minit dan angkat.
4. Hiaskan dengan daun ketumbar diatasnya. Siap untuk dihidang.


             



No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...