Kari Daging Bersama Buah Kelepung
Sebenarnya nilah first time Ummi tahu buah ni boleh makan, sebelum ni pernah lihat pokok ni & buahnya kat tepi hutan. Pernah terlintas buah ni macam buah Tin...bentuknya hampir sama. Kebetulan pergi pasar tani kat Slim River, jumpa buah ni, kata makcik yang jual buah ni bagitau, buah kelepung sedap dimasak dengan kari daging, taucu & sambal bilis....
Bahan-bahannya:
400gm daging dihiris nipis
7 biji buah kelepung dibelah 4
1+1/2 biji bawang besar holland dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
3 keping hirisan halia dikisar
3 keping hirisan lengkuas dikisar
1 sudu teh pes cili dlm minyak maepranom@ 1 sudu makan cili boh
200ml santan kotak segera (ummi guna brand kara)
4 cawan air
3 biji buah pelaga
1' kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 sudu makan rempah kari daging
Gula melaka @ gula secukupnya
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugor
1 tangkai daun kari
Sedikit perasa jika suka
Minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih & bunga lawang hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar bersama rempah kari & pes cili. Kacau hingga rempah masak.
3. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna.
4. Masukkan air, tutup tudung periuk, renehkan hingga daging empuk.
5. Masukkan santan, buah kelepung, gula melaka, asam gelugor, garam & sedikit perasa
6. Kacau hingga mendidih. Kalau pekat tambah air.
7. Angkat, hiaskan dengan pucuk daun kari, sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment