Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Saturday, March 2, 2013

NASI GORENG DAGING CINCANG BERSAMA CENDAWAN

 
Nasi Goreng Daging Cincang Bersama Cendawan Tiram


Bahan-bahannya:
2 pinggan penuh nasi putih sejuk
200gm daging dicincang halus
1 biji bawang besar holland dicincang halus
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar@ diketuk
1 sudu makan pes cili dalam minyak (maepranom brand)
7 kuntum cendawan tiram dicarikkan kecil
4 sudu makan kicap lemak manis
1 cawan air (untuk empukkan daging)
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis


            

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih & bawang putih hingga layu.
2. Masukkan pes cili, kacau hingga sebati
3. Masukkan daging kacau hingga berubah warna. Masukkan air,  tutup dengan tudung periuk sehingga daging empuk (selama 10minit)
4. Masukkan garam, gula, kicap & perasa, kacau hingga sebati.
5. Masukkn nasi & cendawan kacau hingga nasi kering & tidak melekat.
6. Angkat, hiaskan dengan hirisan daun ketumbar, cili padi & tomato ceri, sedia untuk dihidang.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...