Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Sunday, March 17, 2013

KUE TEOW SUP BEBOLA IKAN SHINTAGE

 
Kue Teow Sup Bebola Ikan Shintage

Bahan-bahannya: 
450 gm kue teow dibilas bersih & ditoskan
1 biji bawang besar dicincang halus
4 ulas bawang putih dicincang halus
6 cawan air
50gm tauge
1 rumpun daun bawang
1 rumpun daun sup
2 biji tomato dipotong dadu
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 keping tauhu dibelah 4, digoreng & dipotong kecil
15 biji bebola ikan dibelah 2
6 biji cendawan shintage segar dipotong nipis
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan cuka
2 sudu teh cukup rasa maggie@ kiub pati ayam (perasa)
serbuk lada hitam secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


           

          

Cara membuatnya :
1. Tumis bawang putih, bawang merah, bunga lawang & buah pelaga hingga naik bau.
2. Masukkan air, bebola ikan, sos ikan, cuka, garam, gula, perasa, serbuk lada hitam & tomato. Biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan cendawan, kacau selama 2 minit & angkat.
4. Letakkan kue teow, tauge & tauhu goreng didalam mangkuk. Tuangkan kuah sup panas diatasnya.
5. Hiaskan dengan taburan bawang goreng, daun bawang, daun sup & hirisan cili padi. Sedia untuk dihidang.


           

DAGING KIJANG GORENG BAWANG PUTIH

 
Daging Kijang Goreng Bawang Putih

Bahan-bahannya:
350gm daging kijang dihiris nipis
8 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 biji bawang besar holland dimayang kasar
1/2 sudu teh garam @ secukup rasa
1/2 cawan air @ secukupnya untuk lembutkan daging
1 inci kunyit hidup ditumbuk halus
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menggoreng (anggaran 1 senduk)


            

Cara Membuatnya:
1. Perap daging dengan garam, bawang putih, kunyit & perasa selama 15 minit.
2. Panaskan minyak, masukkan daging, kacau hingga berubah warna.
3. Masukkan air, tutup dengan tudung periuk, renehkan sehingga kering air & daging empuk.
4. Masukkan hirisan bawang, kacau selama 2 minit & angkat.
5. Hiaskan dengan daun selasih, sedia untuk dihidang.


            




NASI KERABU AROMA PUDINA

 
Nasi Kerabu Aroma Pudina


Nasi Aroma Pudina


 
Bahan-bahannya:
4 pot beras siam
15 helai daun pudina
Beberapa titis pewarna hijau
Air secukupnya.


Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan diatas dalam rice cooker. Tekan on, masak seperti biasa.


Serunding  Ikan Kelapa (Sambal Nyor Ikan)


 

Bahan-bahannya: (tahan 1 bulan jika disimpan dalam bekas kedap udara)
1/2 kg ikan sardin  direbus kosong, asingkan tulang, dihancurkan isinya ( ramas pakai tangan @ ditumbuk)
1/2 biji kelapa parut putih
2 batang serai diracik@ dihiris halus
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa ( Ummi guna cukup rasa maggie)


            

            

Cara membuatnya:
1. Goreng tanpa minyak isi ikan, kelapa parut putih & serai sehingga kering,  tidak melekat & keperangan. (Sentiasa koreskan bahagian bawah kuali semasa mengacau supaya tidak hangit)
2. Tambah garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati.
3. Angkat, sejukkan & masukkan dalam bekas kedap udara. Jika suka, boleh juga dikisar dengan pengisar kering supaya teksturnya lebih halus.


Sambal Hijau Cuka


 

Bahan-bahannya: (tahan 1 bulan & lebih jika disimpan didalam peti ais)
50 biji cili padi hijau dibuang tangkai
3 sudu makan cuka
3 sudu makan air
3 ulas bawang putih
3/4 sudu teh garam@ secukupnya
1 sudu makan gula@ secukupnya


           



 

Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan dalam blender, kisar sehingga halus
2. Masukkan dalam bekas tertutup, simpan dalam peti ais selepas digunakan



Kuah Sambal Tumis


 
Bahan-bahannya:
2 cawan santan
1 biji bawang besar dikisar
1 batang serai dikisar
1 sudu teh pes cili maepronom ( kalau guna cili boh 1 sudu makan)
Gula melaka secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit bahan perasa


Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan didalam periuk. Kacau hingga mendidih
2. Sedia untuk dimakan bersama nasi kerabu.
3. Anggaran penggunaan untuk sepinggan nasi adalah 1- 2 sudu makan.


Ulam-ulaman


 

Bahan-bahannya: 
1 batang timun
6 tangkai kacang panjang
1/4 biji kobis ungu
1 batang bunga kantan
10 tangkai daun kesum, ambik daunnya sahaja
6 tangkai pucuk daun serai kayu
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya ( urat tengah daun)
10 helai daun pudina
Lain- lain ulam yang sesuai


            

Cara membuatnya:
1. Hiris semua ulam- ulam diatas sehalusnya.
2. Daun yang beraroma hendaklah dicampurka sekali dalam satu bekas seperti daun kesum, serai kayu, daun limau purut, daun pudina, bunga kantan dsb.


Bahan sampingan yang lain:
Budu
Limau nipis
Keropok keping ikan yang telah digoreng
Bawang jeruk
Solok lada
Telur masin
Dsb.


Lauk Sampingan:
Ikan celup tepung goreng
Ayam @ ikan percik
Daging bakar
Ayam goreng berempah



            
















Saturday, March 16, 2013

BURUNG PUNAI MASAK SAMBAL PEDAS, MANIS & MASAM

 
Burung Punai Masak Sambal Pedas, Manis & Masam

Bahan-bahannya:
5 ekor burung punai dibersihkan, dibelah 2. Perap dengan garam, kunyit & perasa selama 15minit. Goreng sehingga garing.
2 biji bawang besar dikisar
3 keping hirisan halia dikisar
2 sudu pes cili maepranom
1 biji bawang besar dimayang kasar
1+1/2 sudu makan gula@ secukup rasa
3/4 sudu teh garam@ secukup rasa
Sedikit bahan perasa
1/2 sudu teh pes asam jawa  adabi

1/2 cawan air jika perlu
Minyak untuk menumis.


           

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga masak.
2. Masukkan pes cili, garam, gula, asam jawa, air & perasa, kacau hingga sebati.
3. Masukkan hirisan bawang besar, kacau selama 2 minit & angkat.
4. Tuangkan kuah keatas burung yang telah digoreng tadi. Hiaskan dengan daun ulaman belalai gajah. Sedia untuk dihidang.

POTATO CURRY CRUNCH

 
Potato Curry Crunch

Bahan-bahannya:
5 biji kentang dibuang kulit & dihiris nipis

4 biji telur untuk cecair celupan
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya:
1. Golekkan kentang diatas tepung salutan.
2. Celup kentang dengan telur
3. Golek sekali lagi kentang diatas tepung salutan
4. Goreng sehingga masak didalam minyak yang tenggelam.
5. Angkat, toskan diatas tissue towel, sedia untuk dihidang. Sedap dimakan begitu saja @ dimakan bersama sos cili & mayonis.

           

Bahan Tepung Salutan:
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 cawan bread crumb @ serbuk roti
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk natrium bikarbonat @soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk cukup rasa maggie


Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan diatas dalam satu bekas hingga sekata.
2. Sedia untuk digunakan sebagai bahan salutan.


Tuesday, March 12, 2013

BIHUN GORENG SOTONG KANGKUNG

 
Bihun Goreng Sotong Kangkung

Bahannya:
400gm bihun kering direndam
6 ekor sotong dihiris kecil
1/2 ikat  kangkung dipotong kecil
1 biji bawang besar dicincang halus
4 ulas bawang putih dicincang halus
1+1/2 sudu makan pes cili maepranom
4 sudu makan sos tomato
2 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis


            

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih & bawang besar hingga layu.
2. Masukkan pes cili, kacau hingga sebati.
3. Masukkan telur, kacau hingga berketul.
4. Masukkan sotong, garam, gula, perasa & sos tomato. Kacau hingga sebati & sotong masak.
5. Masukkan bihun, kacau hingga sebati * bihun menjadi lembut.
6. Masukkan kangkung, kacau hingga sayur lembut.
Angkat, hiaskan dengan taburan bawang goreng, daun ketumbar & cili merah. Sedia untuk dihidang





KLUAY CHUEM (Pisang Dalam Sirap)

 
Kluay Chuem (Pisang Dalam Sirap

Bahan-bahannya:
1 sikat pisang emas yang hampir masak ( 15 biji.)
2 cawan air
4 sudu makan gula
1 helai daun pandan
3 kuntum bunga cengkih


            

Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk. Masak hingga mendidih
2. Aturkan keatas pinggan, siramkan dengan sos santan diatasnya. Sedia untuk dinikmati

 

Bahan Sos Santan:
200ml santan kotak segera (Ummi guna brand kara)
1/2 sudu teh garam


Cara membuatnya:
1. Panaskan santan bersama garam, sentiasa kacau hingga mendidih
2. Sedia dihidang bersama pisang sirap



            



Saturday, March 9, 2013

MOO TOD KRA-TIAM PRIK-THAI (Daging Blackpaper Bawang Putih)

 
MOO TOD KRA-TIAM PRIK-THAI (Daging Blackpaper Bawang Putih)

Bahan-bahannya:
400gm daging dihiris nipis
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
2  sudu makan kicap cair
1 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 cawan air
3 tangkai kacang panjang dipotong kecil
Hirisan kobis ungu @ boleh juga digantikan dengan ulaman yang lain.
Minyak untuk menggoreng ( anggaran 1 senduk)



Cara membuatnya:
1. Perap daging bersama kicap, garam, gula, lada hitam, bawang putih & sos tiram selama 30 minit.
2. Panaskan minyak, masukkan daging, kacau sehingga daging berubah warna.
3. Masukkan air, perlahankan api, tutup dengan tudung periuk, renehkan sehingga daging empuk  dan air kering.
4. Angkat, susunkan diatas pinggan bersama ulam @ sayur segar.
5. Siramkan sos diatasnya, sedia untuk dihidang.


       


Bahan untuk sos:
5 ulas bawang putih diketuk
1 cawan air
1 sudu makan tepung jagung dilarutkan dengan air diatas
2 sudu makan kicap cair
1 sudu teh gula
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh perasa ( ummi guna maggie cukup rasa @ kiub pati ayam yg dihancurkan)
minyak untuk menumis.



Cara membuat sos:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan semua bahan diatas, kacau sehingga pekat
3. Angkat dan tuangkan diatas daging. Sedia untuk dihidang.



          


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...