Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Wednesday, October 19, 2011

HATI & PEDAL AYAM GORENG BEREMPAH BERSAMA KACANG PANJANG



Hati & Pedal Ayam Goreng Berempah bersama Kacang Panjang
Bahan-bahannya:
3 biji pedal ayam dipotong kecil
3 biji hati ayam dipotong kecil
1 ikat kacang panjang dipotong pendek (>< 1 inci)
2 biji lada merah dipotong serong
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar dipotong dadu/dicincang
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa (kiub/serbuk pati ayam/bilis/aji/sos tiram dll kalau suka)
Sedikit air
Minyak untuk  menumis

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga naik bau,
2. Masukkan rempah kurma, campurkan sedikit air supaya larut.
3. Masukkan pedal & hati ayam, kacau sehingga masak.
4. Masukkan garam, gula, sos tomato & bahan perasa, kacau hingga sebati,
5. Masukkan kacang panjang & cili merah, kacau selama 2 minit.
6. Angkat & sedia untuk dihidang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...