Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Thursday, October 17, 2013

SUP TULANG ALA SINGAPURA

 
Sup Tulang Ala Singapura


Bahannya :
1 kg tulang lembu fresh
5 cawan air
2 inci halia diketuk
1 bungkus sup bunjut
2 sudu makan serbuk  rempah sup
2 helai daun bay




Caranya:
1. Rebus semua bahan diatas didalam periuk tekanan selama 20 minit. (Ummi guna Noxxa Pressure Cooker)


       

        


Sambal Merah

Bahannya :
2 biji bawang besar holland dicincang
5 ulas bawang putih diketuk
2 sudu makan tomato puree
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan gula perang (Ummi guna molasses organic brown sugar)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan pes cili maepranom  (Kalau guna cili boh 3 sudu makan)

1/3 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa (Ummi guna garam bukit)
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis  ( Ummi guna minyak bunga matahari Neu Vida)



Caranya :
1. Panaskan minyak,  tumis bawang putih & bawang besar hingga layu.
2. Masukkan semua bahan lain, kacau hingga sebati.
3. Tutup api, masukkan sambal Merah ini ke dalam periuk rebusan tulang tadi.  Kacau hingga sebati.
4. Setkan sekali lagi periuk tekanan selama 20 minit.
5. Hidangkan bersama hiasan bawang goreng, daun bawang & daun ketumbar.  Sedia untuk dihidang.


       

2 comments:

  1. Replies
    1. First time buat coz my special request from my hubby, resepi dah lama simpan...mmm memang sedap.. thanks for visit my blog..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...