Pak Choy Goreng Telur Tomato
Bahannya :
2 rumpun sayur pak choy dibuang pangkal dibasuh bersih & toskan
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar @diketuk
1 biji telur
2 biji tomato dibelah 12
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos tiram
1/4 cawan air
Sedikit bahan perasa jika suka
Sedikit garam
Minyak untuk menumis (Ummi guna minyak bunga matahari Neu Vida)
Caranya :
1.Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Pecahkan telur, kacau hingga berketul.
3. Masukkan semua bahan yang lain. Kacau hingga sayur layu.
4. Angkat, hiaskan dengan bawang goreng & gulungan kulit tomato. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment