Nasi Goreng White Chicken Floss
Bahannya:
2 pinggan penuh nasi putih sejuk
1 biji bawang besar dihiris halus
5 ulas bawang putih diketuk
1 cawan white chicken floss
1 sudu makan pes cili maepranom
1/2 cawan kicap cair
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
hirisan kobis secukupnya
minyak untuk menumis
Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar & bawang putih hingga layu.
2. Masukka pes cili, kacau hingga sebati.
3. Masukka kicap cair, garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan nasi, white chicken floss & kobis. Kacau hingga nasi kering & tidak melekat.
5. Hiaskan dengan bawang goreng, daun chinesse Leek & gulungan carrot. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment