Mee Segera Goreng Perisa Asli Ibumie
Bahannya :
5 paket mee Goreng segera Ibumie perisa asli
7 ulas bawang putih diketuk
100gm isi ayam
4 rumpun sawi manis dipotong kecil
4 sudu makan kicap mee
4 paket perisa asal mee Goreng ( Ummi guna perisa asal serbuk aje, kicap & minyak x guna)
1 biji tomato dicincang dadu
1/2 sudu teh garam@ secukup rasa
1+1/2 sudu makan gula perang (molasses organic brown sugar )
1 sudu teh pes cili maepranom
1 sudu makan tomato puree
1 biji telur
1 keping tauhu dipotong kecil
Minyak untuk menumis
Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan ayam, kacau hingga masak.
3. Pecahkan telur, kacau hingga berketul
4. Masukkan kicap, tomato puree, tomato, perisa asal mee goreng asli, gula perang, pes cili maepranom & garam. Kacau hingga sebati
5. Masukkan mee, tauhu & sawi. Kacau hingga sebati.
6. Angkat, hiaskan dengan bawang Goreng,hirisan daun ketumbar, gulungan kulit tomato & limau nipis. Sedia untuk dihidang.