Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Friday, August 17, 2012

MOO PHAD KHING (DAGING GORENG DENGAN HALIA)

Moo Phad Khing (Daging Goreng Dengan Halia

Bahan-bahannya:
300gm daging segar dihiris nipis
1 labu bawang putih dicincang halus (10 biji)
1+1/2 cawan cendawan telinga kera kering, direndam dengan air panas sehingga lembut & dihiris halus
1/2 biji bawang besar holland dimayang
1 rumpun daun bawang dipotong kasar (1'inci panjang)
5' inci halia dihiris halus (1/2 cawan)
1 biji lada hijau dihiris serong
1 biji lada merah dihiris serong
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos tiram
2 cawan air
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis

         


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan daging, kacau hingga bertukar warna (merah kepada kelabu)
3. Masukkan air, tutup dengan tudung periuk, perlahankan api, renehkan sehingga daging empuk dan air hampir kering.
4. Masukkan garam, gula, perasa, kicap cair, sos tiram, halia dan cendawan. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan lada merah, lada hijau, daun bawang & bawang besar, kacau selama 2 minit & angkat. Sedia untuk dihidang.

         


ROTI FRUNKFURTER BERKEJU

Roti Frankfurter Berkeju

Bahan-bahannya:
10 keping roti sandwich gardenia dipotong serong, dibuang kulit tepi
2 batang frankfurter (sosej) Ayam dihiris nipis (Ummi guna brand Ayamas)
4 keping cheddar cheeese ( Ummi guna chesdale) digunting halus
4 sudu makan mayonis
1/2 biji bawang besar dicincang halus
5 helai daun bawang dipotong halus
1 biji lada merah dibuang biji dan dihiris halus
Butter/ planta untuk memanggang

         


Cara Membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan-bahan diatas kecuali roti.
2. Sapu bahan inti diatas roti
3. Panaskan sedikit butter/planta atas frypan, letakkan roti yang telah disapukan inti diatasnya. Bakar hingga keperangan. (Bakar guna oven pun boleh)
4. Terbalikkan supaya kedua-dua belah masak. (mesti guna kuali yang tidak melekat supaya inti pada roti tidak melekat pada permukaan frypan). 
5. Angkat, sedia untuk dihidang.

         




Tuesday, August 14, 2012

AYAM STEAM HALIA LEMON

Ayam Steam Halia Lemon

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam dipotong 2
1 sudu makan jus perahan lemon
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan sos tiram
1 batang serai diracik halus
4 ulas bawang putih dimayang halus
5 cm halia dimayang halus
sedikit garam & gula
sedikit bahan perasa

             

Cara Membuatnya:
1 Masukkan ayam didalam loyang @ pinggang yang tahan panas.
2. Masukkan semua bahan diatas ke atas ayam.
3. Kukus selama 20 minit (Ummi guna periuk tekanan Noxxa)
4. Angkat, hiaskan dengan hirisan daun bawang & lemon. Sedia untuk dihidang.



AIR BLACKCURRENT SELASIH

Air Blackcurrent Selasih

Bahan-bahannya:
Pekatan Jus Blackcurrent
Biji Selasih secukupnya (anggaran 1 sudu teh untuk 1 gelas)
Air masak secukupnya
Ais secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Bancuh jus blackcurrent dengan air semanis rasa.
2. Tambahkan 1 sudu teh biji selasih & ais secukupnya.
3. Sedia untuk diminum

Tuesday, August 7, 2012

KEREPEK POPIA NESTUM COKLAT

Kerepek Popia Nestum Coklat


Bahan-bahannya:
500gm kulit popia size 8.5'x 8.5', dipotong 3
2 biji telur
minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:
1. Gulung kulit popia secara memanjang, hujungnya digam dengan telur. Buat sehingga habis kulit popia. (kulit popia hendaklah disimpan didalam bekas yang tertutup supaya tidak cepat kering & menjadi keras, ambil dalam kuantiti yang sedikit-sedikit, semasa proses membuatnya)
2. Gunting gulungan popia kepada saiz & bentuk yang dikehendaki.
3. Goreng dalam minyak yang banyak & api yang perlahan sehingga sedikit keperangan.
4. Angkat, sejukkan & toskan atas tissue towels. Salut popia yang telah sejuk dengan bahan salutan nestum coklat dengan goncang didalam bekas tupperware yang tertutup supaya sebati.
5. Simpan dalam bekas kedap udara. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan Salutan:
4 sudu makan nestum
3 sudu makan gula
3 sudu makan malt coklat (Ummi guna Oligo)
3 sudu makan susu tepung (Ummi guna Ducth Lady)

Cara Membuatnya:
1. Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga halus.
2. Tuangkan keatas popia yang telah digoreng didalam tupperware, goncang hingga sebati.

KEREPEK POPIA NESTUM HORLICK

Kerepek Popia Nestum Horlick

Bahan-bahannya:
500gm kulit popia size 8.5'x 8.5', dipotong 3
2 biji telur
minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:
1. Gulung kulit popia secara memanjang, hujungnya digam dengan telur. Buat sehingga habis kulit popia. (kulit popia hendaklah disimpan didalam bekas yang tertutup supaya tidak cepat kering & menjadi keras, ambil dalam kuantiti yang sedikit-sedikit, semasa proses membuatnya)
2. Gunting gulungan popia kepada saiz & bentuk yang dikehendaki.
3. Goreng dalam minyak yang banyak & api yang perlahan sehingga sedikit keperangan.
4. Angkat, sejukkan & toskan atas tissue towels. Salut popia yang telah sejuk dengan bahan salutan nestum horlick dengan goncang didalam bekas tupperware yang tertutup supaya sebati.
5. Simpan dalam bekas kedap udara. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan Salutan:
4 sudu makan nestum
3 sudu makan gula
3 sudu makan horlick
3 sudu makan susu tepung (Ummi guna Ducth Lady)

Cara Membuatnya:
1. Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga halus.
2. Tuangkan keatas popia yang telah digoreng didalam tupperware, goncang hingga sebati.

NASI GORENG BELACAN BILIS

Nasi Goreng Belacan Bilis

Bahan-bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih sejuk
4 tangkai kacang panjang dipotong kecil
Belacan sebesar ibu jari ditumbuk
1/2 biji tomato dicincang halus
1/2 biji bawang besar merah ditumbuk
1/2 cawan ikan bilis
1 biji telur gred A
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 biji lada merah ditumbuk, kalau nak pedas, boleh letak cili padi
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis

          

Cara Membuatnya:
1. Tumis bahan tumbuk & tomato hingga naik bau & rempah masak.
2. Masukkan ikan bilis, kacau sehingga masak. Masukkan telur, kacau hingga berketul.
3. Masukkan garam, gula & bahan perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan nasi & kacang panjang, kacau sehingga sebati, nasi kering & tidak melekat.
5. Hiaskan dengan telur mata, bawang goreng & hirisan lada merah. Sedia untuk dihidang.

          

JUS MANGGA LASSY


Jus Mangga Lassy

Bahan-bahannya: (untuk 1 jug)
4 biji mangga masak (pilih yang manis)-diambil isinya
1 tin susu creamer manis
Air masak secukupnya
Ais secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Kisar isi mangga bersama susu & air.
2. Masukkan ke dalam jug, tambah air & ais. Sedia untuk diminum.

YUM MA-MUANG (SALAD/KERABU MANGGA MUDA)

Yum Ma-Muang (Salad/Kerabu Mangga Muda)

Bahan-bahannya:
1+1/2 cawan mangga disagat halus
1 cawan carrot disagat halus
2 sudu makan udang kering ditumbuk halus
4 biji cili padi ditumbuk halus
3 sudu makan gula ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 biji limau nipis dimbil jusnya

          

Cara membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan-bahan diatas sehingga sebati.
2. Hiaskan dengan hirisan cili padi & limau nipis. Sedia untuk dihidang.


Monday, August 6, 2012

DAGING SEGAR GORENG MANGGA

Daging Segar Goreng Mangga

Bahan-bahannya:
300gm daging segar dihiris nipis
3 ulas bawang putih ditumbuk
4 cm kunyit hidup ditumbuk
1 sudu teh garam ditumbuk
1 cawan mangga yang disagat halus
2 biji lada merah dipotong serong
3 keping hirisan halia, dimayang halus
1 biji bawang besar merah dimayang
1 cawan air
sedikit bahan perasa
6 sudu makan minyak untuk menggoreng

      

Cara Membuatnya:
1. Perap daging bersama garam, kunyit, bawang putih & perasa selama 10-15minit.
2. Panaskan minyak, goreng daging hingga bertukar warna (dari merah ke kelabu).
3. Masukkan air, perlahankan api, tutup dengan tudung periuk, renehkan sehingga kering air & daging empuk (30 minit).
4. Masukkan mangga, bawang besar, halia & cili, kacau selama 2 minit & angkat.
5. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.

PUDING KARAMEL GULA HANGUS

Puding Karamel Gula Hangus

Bahan-bahannya:
6 biji telur ayam gred A
1 tin susu cair
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh essen vanilla

Cara membuatnya:
1. Kisar semua bahan dalam blender bawang hingga sebati.
2. Angkat & tuangkan kedalam loyang yang mengandungi karamel gula hangus.
3. Kukus 30 minit & angkat. Balutkan tudung pengukus dengan kain supaya wapnya tidak menitis pada adunan.
4. Angkat, sedia untuk dihidang.


Bahan-bahan karamel:
3/4 cawan gula
1 cawan air

         

Cara Membuatnya:
1. Masukkan gula dalam periuk, dengan api yang sederhana perlahan, sentiasa kacau gula hingga cair & menjadi keperangan.
2. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga habis. (Berhati-hati semasa tuang air, mungkin akan meletus & terpercik keluar). Kacau hingga kesemua gula larut.
3. Angkat & tuangkan kedalam loyang.

TELUR DADAR DAUN KETUMBAR

Telur Dadar Daun Ketumbar

Bahan-bahannya:
2 biji telur ayam gred A
3 tangkai daun ketumbar dihiris halus
1/2 biji bawang besar merah dicincang/ mayang halus
1/2 sudu teh garam @ secukup rasa
sedikit bahan perasa jika suka
sedikit minyak untuk menggoreng (anggaran 5 sudu makan)

          

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan diatas hingga sebati
2. Panaskan minyak, goreng dengan api yang perlahan. Terbalikkan apabila bahagian bawah sudah kekuningan.
3. Angkat, bahagikan ikut bahagian yang dikehendaki. sedia untuk dihidang.

MASAK LEMAK LALA/KUPANG BERSAMA KULIT TEMBIKAI

Masak Lemak Lala Bersama Kulit Tembikai

Bahan-bahannya:
1/2 kg kupang@ Lala, dicuci bersih & ditoskan
5 cawan santan kelapa (Ummi guna santan kelapa sawit khalis 1: 4)
3 jurai kulit tembikai dibuang bahagian kulit hijau, dipotong selebar 3 jari.
1/2 cawan ikan bilis ditumbuk
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk
1 biji bawang besar ditumbuk
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa jika suka


          



Cara Membuatnya:
1. Masak santan bersama semua bahan kecuali Lala/kupang. Sentiasa kacau hingga mendidih.
2. masukkan lala/kupang, kacau selama 2 minit & angkat.
3. Hiaskan dengan lada merah, sedia untuk dihidang.

         

JUS MENTIMUN LEMON

Jus Mentimun Lemon

Bahan-bahannya: (untuk 1 jug air)
2 biji lemon diambil jusnya
4 biji timun dikisar dengan 1 cawan air@ secukupnya, ditapis & diambil jusnya
9 sudu makan gula dilarutkan dalam air @ secukupnya
1 sudu makan sirap ros
Air masak secukupnya
Ais secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Campurkan semua bahan-bahan diatas.
2. Sedia untuk diminum

AYAM MASAK MERAH SERAI

Ayam Masak Merah Serai

Bahan-bahannya:
3/4 ekor ayam dipotong kecil (seekor ayam potong 12)-digaul garam & serbuk kunyit & digoreng separuh masak.
2 batang serai diketuk
3 biji bawang besar merah dikisar
1 biji bawang besar dimayang halus
2 ulas bawang putih dikisar
2cm halia dikisar
3 keping hirisan lengkuas dikisar
1 biji tomato dikisar
2 sudu makan serbuk cili
3/4 cawan air
garam secukup rasa
gula melaka@ nissan secukupnya
sedikit bahan perasa (kiub ayam dll)
minyak untuk menumis & menggoreng


        

Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang besar yang dimayang hingga layu.
2. Masukkan bahan kisar & serbuk cili, tumis hingga naik minyak.
2. Masukkan gula melaka, garam, bahan perasa, air, serai & ayam, kacau hingga sebati & sehingga kuah pekat.
3. Angkat, hiaskan dengan daun ketumbar & tomato ceri. Sedia untuk dihidang,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...