Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Monday, January 31, 2011

IKAN REBUS GORENG


Ikan Rebus Goreng

Bahan-bahan:
10 ekor ikan sardin
4 hirisan lengkuas
4 keping asam keping
3 ulas bawang putih diketuk
Garam secukup rasa
sedikit perasa
sedikit air (1/2 dari paras ikan)


Cara membuatnya:


1. Rebus ikan sardin bersama bahan-bahan diatas dengan api yang perlahan.
2. Rebus sehingga air kering.
3. Angkat dan bolehlah digoreng mengikut keperluan, selebihnya bolehlah disimpan dalam peti sejuk.

PEDAL AYAM PERIA BEREMPAH

Pedal Ayam Peria Berempah 


Bahan-bahan:


250gm pedal ayam dihiris kecil
2 biji peria katak dibelah 2, dihiris serong
1/2 cm kunyit hidup dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
1 sudu teh jintan manis dikisar
1 sudu teh jintan putih dikisar
1 sudu teh ketumbar dikisar
4 tangkai cili padi diketuk
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit perasa
minyak untuk menumis


Cara memasak:


1. Gaulkan pedal ayam dengan bahan kisar
2. Panaskan minyak, masukkan pedal bersama bahan kisar.
3. Masukkan garam, gula & perasa, kacau sehingga sebati.
4. Perlahankan api, tutup kuali dengan tudung periuk supaya pedal cepat masak.
5. Apabila pedal dah masak, masukkan peria & cili padi.
6. Kacau sehingga peria masak.
7. Sedia untuk dihidang.

Sunday, January 30, 2011

KERANG GORENG

Dihidangkan dengan sos thai dipping chicken

Ada kerang yang terbuka menunjukkan sudah masak
Kerang ditutup dengan tudung periuk agar cepat masak



Bahan-bahan:


2 kg kerang
1 biji bawang besar dimayang
5 biji cili padi diketuk
3 helai daun limau purut dicarik
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili boh
garam secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit perasa
minyak untuk menumis


Cara memasak:


1. Tumis bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh, tumis hingga masak
3. Masukkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan kerang, serai, daun limau purut & cili padi, kacau hingga sebati.
5. Tutup dengan tudung periuk selama 15 minit, perlahankan api, biarkan sehingga masak**
6. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan dengan sos cili thai.


**untuk mengetahui kerang telah masak, apabila ada diantara kerang tersebut terbuka dengan sendirinya.

SAYUR CAMPUR LEMAK PUTIH

Sayur Campur Lemak Putih


Bahan-bahan:


5 batang baby corn dipotong 2 dibelah 4
10 hirisan kobis bunga
1 biji terung dibelah 2 dipotong serong
1/2 biji carrot
1 paket santan segera 50g (dibancuh dengan air suam)
5 biji bawang merah dikisar
1 sudu besar udang kering dikisar
1 sudu besar ikan bilis dikisar
sedikit serbuk lada hitam
sedikit perasa (kiub ayam/ ikan bilis/aji)
garam secukup rasa
gula secukup rasa


Cara memasak:


1. Masukkan semua bahan kedalam periuk.
2. Kacau sehingga mendidih.
3. Sedia untuk dihidang.

PENGAT LABU


Pengat Labu


Bahan-bahan:


1/2  biji labu dikupas kulit & dipotong kiub (direndam air kapur makan 15 minit**)
1 paket santan serbuk segera 50g (dibancuh dengan air suam)
1 karet gula melaka
1 sudu besar gula
1 helai daun pandan
air secukupnya.
secubit garam
Cara memasak:


1. Labu direbus bersama air & gula melaka selama 5 minit/ sehingga empuk.
2. Masukkan santan, gula, garam & daun pandan.
3. Kacau selalu sehingga mendidih.
4. Sedia untuk dihidang.


**air kapur membuatkan isi labu menjadi pejal & tak hancur apabila dimasak.

Saturday, January 29, 2011

SUP SAYUR CAMPUR

Sup Sayur Campur


Bahan-bahan:


5 ulas bawang putih diketuk
hirisan brokoli
hirisan carrot
hirisan kobis panjang
hirisan chinese leek
hirisan tomato
air secukupnya
garam secukup rasa
gula secukup rasa
lada sulah secukupnya
perasa secukupnya
minyak untuk menumis


Cara memasak:


1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bauu.
2. Masukkan air serta segala perasa (garam+gula+lada sulah+perasa)
3. Apabila air mendidih masukkan sayur selama 2 minit.
4. Sedia untuk dihidang

JUS SIRAP MENTIMUN

Jus Sirap Mentimun


Bahan-bahan:


1 biji mentimun dipotong kecil & diblend halus(ditapis ambil jus)
2 biji limau kasturi diambil jusnya
1 sudu makan sirap
500ml air
gula semanisnya
ais secukupnya


Cara membuatnya:


1. Larutkan gula didalam jug berisi air
2. Masukkan sirap, jus kasturi & mentimun
3. Tambahkan ais kedalam minuman tersebut.
4. Sedia untuk diminum

AYAM GORENG BEREMPAH

Ayam Goreng Berempah




Bahan-bahan:


1 ekor ayam yang telah dipotong
1.5  inci kunyit hidup
1.5  inci halia
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan ketumbar
3 sudu makan cili boh
5 ulas bawang
1 ulas bawang besar
4 batang serai
1 sudu teh perasa/ secukup rasa
3 sudu teh garam/ secukup rasa
3 sudu makan tepung gandum
3 tangkai daun kari
minyak untuk menggoreng



Cara membuatnya:


1. Kisar ketumbar, jintan manis, jintan putih, bawang putih halia, kunyit, serai bersama cili boh, garam, & perasa hingga halus.
2. Gaul ayam dengan bahan yang dikisar bersama tepung gandum**
3. Perap ayam selama 1 jam.
4. Goreng ayam dalam api yang perlahan sehingga hampir garing.
5. Masukkan daun kari, goreng hingga ayam garing.
6. Angkat, toskan minyak & sedia untuk dihidang.


**Gandum dicampurkan supaya bahan perat manyaluti ayam semasa goreng.

KETAM REBUS BERSOHOON

Ketam Rebus Bersohon


Bahan-bahan:


4 ekor ketam dibersihkan dibuang kulit & dibelah 2
5 biji bawang putih diketuk
1 liter air
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi diketuk
1 batang serai diketuk
1/2 inci halia diketuk
sedikit lada sulah
1/2 genggam sohoon
garam secukup rasa
gula secukup rasa
kiub ayam


sedikit hirisan sayur-sayuran :
brokoli
kacang pea
caroot
kobis bunga
tomato dibelah 6


Cara memasak:


1. Masukkan air kedalam periuk bersama semua bahan-bahan diatas kecuali sayur.
2. Apabila mendidih baru masukkan sayur & sohoon selama 2 minit.
3. Perasakan dengan garam, gula, lada sulah & kiub pati ayam
3. Siap untuk dihidangkan.

Friday, January 28, 2011

NASI CARROT BERKISMIS AYAM MADU

Hidangan Nasi Carrot bersama Ayam Madu & sambal halia bawang putih
Nasi Carrot berkismis
Carrot yang telah diparut


NASI CARROT


Bahan untuk nasi:


7 pot sukatan beras (dibasuh & ditoskan)
Air rebusan ayam secukupnya (ayam direbus dengan halia + bawang putih)
1 btg Carrot diparut halus
1 biji bawang besar holland dimayang
3 sudu makan kismis
3 sudu makan marjerin/planta untuk menumis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kiub ayam


Cara memasak nasi (guna periuk elektrik):


1. Tumis bawang, bunga lawang, buah pelaga & kulit kayu manis hingga naik bau (tumis atas dapur gas)
2. Masukkan air rebusan ayam dan kiub pati ayam.
3. Masukkan beras, pastikan paras air mencukupi.
4. Masukkan carrot & kismis.
5. Pindahkan periuk kedalam bekas periuk elektrik, tekan suis sehingga masak.
6. Apabila dah masak kacau nasi dengan sudip supaya carrot & kismis serata.
7. Sedia untuk dihidang bersama ayam madu + sup ayam + sambal halia + kicap lemak manis (Jalen/...)


Hiasan


Daun Salad
Hirisan tomato
Hirisan timun




AYAM MADU


Bahan untuk ayam madu:


1 ekor ayam yang telah direbus & ditoskan (direbus dengan halia + bawang putih)
6 sudu makan madu
6 sudu makan kicap lemak manis
1 kiub pati ayam/bahan perasa
2 sudu makan sos tiram
sedikit garam


Cara memasak:


1. Ayam rebus diperap dengan semua bahan-bahan diatas selama 1 jam.
2. Goreng selama 5 minit/ sehingga perang.
3. Sedia untuk dihidang.




SAMBAL HALIA BAWANG PUTIH


Bahan-bahan:
5   biji cili besar merah
10 biji cili padi merah
1   helai daun limau purut
1/2 inci halia
2   ulas bawang putih
1 biji limau kasturi (dibelah dua & dibuang biji)
1 biji tomato (dibelah 6)
3 sudu makan sos cili thai (life)
1 kiub pati ayam/perasa
1 sudu teh garam/ secukup rasa
1 sudu makan gula/ secukup rasa


Cara membuatnya:


1. Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga halus
2. Sedia untuk dihidang




SUP AYAM


Bahan-bahan:


2 ekor rangka ayam
3 ulas bawang putih diketuk
3 ulas bawang merah dimayang
1 inci halia diketuk
1 bunjut rempah sup
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh ketumbar dimesin halus
1 sudu teh jintan manis dimesin halus
1 sudu teh jintan putih dimesin halus
1 sudu teh lada hitam dimesin halus
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit perasa


Hiasan:


bawang goreng
daun bawang
daun sup


Cara memasak:


1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis & bawang merah. Tumis sehingga rempah masak.
3. Masukkan air secukupnya.
4. Masukkan semua bahan-bahan lain selebihnya.
5. Masak sehingga mendidih.
6. Hiaskan dengan bawang goreng, daun sup & daun bawang di atasnya.
7. Sedia untuk dihidang bersama Nasi Carrot Ayam Madu......

IKAN SIAKAP SAMBAL THAI

Ikan Siakap Sambal Thai



Bahan-bahan:


1  ekor ikan siakap(diperap dgn bawang putih + garam selama 10 minit)
1  biji bawang besar holland dimayang
1  biji bawang besar holland dikisar
2  sudu makan udang kering dikisar
1/2 inci halia dikisar
3  sudu makan cili boh
1  sudu makan air asam jawa
1  keping gula melaka (kecil)
sedikit perasa (kiub/serbuk ikan bilis@ aji@...)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis & menggoreng)
daun bawang sebagai hiasan


Cara memasak:
1. Ikan siakap digoreng hingga garing, angkat & ketepikan.
2. Tumis bawang besar yang dimayang hingga kekuningan.
3. Masukkan bahan kisar + cili boh, kacau sehingga rempah masak.
4. Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam & perasa.
5. Masak sehingga menjadi pekat & likat.
6.Angkat & siram diatas ikan yang telah digoreng.
7. Hiaskan dengan daun bawang.
8. Sedia untuk dihidang.


Tips:
*  Ikan siakap hendaklah dibuang sisik, dikelar & dibasuh dengan air asam jawa/limau nipis/tepung untuk  menghilangkan bau hanyir.
* Masakan ni sedap dimasak manis sedikit.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...