Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiga manusia adalah merupakan tanggungan Allah SWT jika mereka hidup, mereka akan diberi rezeki dan akan dibantu dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Dan jika mereka meninggal dunia maka Allah SWT akan memasukkan mereka ke dalam syurga. Pertama ialah orang yang masuk kerumahnya lantas memberi salam, kedua orang yang pergi ke masjid, ketiga orang yang keluar dijalan Allah SWT. (HR Ibn Hibban)

Random Hadith Widget

Saturday, April 27, 2013

PETUA SIMPAN CILI PADI

 
Petua Menyimpan Cili Padi

Biasanya kalau beli cili padi mesti tak semuanya habis digunakan. Bakinya disimpan dalam peti sejuk. Biasanya kalau seminggu dalam peti, separuhnya dah rosak, lembik bahagian tangkai, bertukar warna jadi coklat dll.

Petua dibawah membolehkan Ummi simpan cili padi paling kurang sebulan +++, tapi masih elok seperti baru beli...

Bahan-bahannya:
Cili padi
Tissue Towel/kertas tisu dapur
Tupperware / bekas kedap udara


         

Caranya:
1. Buangkan tangkai dari cilinya.
2. Basuh bersih cilinya
3. Lapkan cili dengan tissue towel hingga kering.
5. Alaskan bahagian dasar tupperware dengan tissue towel sekurang-kurangnya 4 lapis.
6. Letakkan cili padi didalam tupperware.
7.Tutup rapat tupperware, simpan didalam peti sejuk.


       

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...