Bacalah Walau Sedetik

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa tidur dalam keadaan berwudhu’, malaikat akan tidur disisinya sehingga tersentuh kulitnya. Dan apabila dia bangun malaikat akan berkata: Wahai Allah, ampunilah orang ini kerana dia tidur dalam keadaan berwudhu’. (HR Ibn Hibban)

Random Hadith Widget

Friday, April 19, 2013

NASI GORENG UDANG GALAH BERSAMA BUNGA KANTAN

 
Nasi Goreng Udang Galah Bersama Bunga Kantan

Bahan-bahannya:
2 pinggan penuh nasi putih sejuk
1 + 1/2 biji bawang besar bombay dihiris halus
4 ulas bawang putih dicincang
2 sudu makan kicap sotong
15 ekor udang galah saiz kecil
1 kuntum bunga kantan dihiris halus (seperti nak buat kerabu)
1 +1/2 sudu makan pes cili maepranom
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis
Daun pudina sebagai hiasan



    

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih & bawang besar hingga layu.
2. Masukkan pes cili, kacau hingga sebati
3. Masukkan udang, kicap sotong, garam, gula & perasa, kacau hingga udang masak.
4. Masukkan nasi, kacau hingga nasi kering & tidak melekat.
5. Masukkan bunga kantan, kacau selama 1 minit & angkat.
6. Hiaskan dengan daun pudina, sedia untuk dihidang



                           



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...