Bacalah Walau Sedetik

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri. (HR Bukhari)

Random Hadith Widget

Saturday, April 27, 2013

TOM YAM GOONG (Tom Yam Udang)


 Tom Yam Goong (Tom Yam Udang)


Bahan-bahannya: (untuk 5 orang makan)
20 ekor udang dibuang kulit (tinggalkan bahagian ekor), dibelah belakang
4 cawan air
1 cawan susu cair
6 keping hirisan lengkuas
2 batang serai diketuk
3 sudu makan pes cili dalam minyak maepranom
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan jus limau nipis
7 biji cili padi diketuk
1/2 biji bawang besar holland dibelah 6
2 sudu teh perasa ( ummi guna maggie cukup rasa)
7 kuntum cendawan shintage segar dibelah 2
Daun ketumbar untuk hiasan

             


Cara membuatnya:
1. Rebus air bersama serai & lengkuas sehingga mendidih.
2. Masukkan pes cili, sos ikan, jus limau nipis, cendawan & cili padi
3. Masukkan udang bersama bawang besar & daun limau purut. Kacau selama 2 minit dan angkat.
4. Hiaskan dengan daun ketumbar diatasnya. Siap untuk dihidang.


              




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...