Bacalah Walau Sedetik

Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Nabi SAW bersabda: Dua rakaat solat yang didirikan dengan bersugi gigi adalah lebih baik daripada tujuh puluh rakaat solat tanpa bersugi. (HR Bazzar, Majma uz Zawaid)

Random Hadith Widget

Saturday, April 27, 2013

PLA LUI SUAN (Ikan Dalam Taman)

 
Pla Lui Suan (Ikan Dalam Taman)


Bahan-bahannya: 1 ekor ikan siakap dibersihkan & dikelar rapat
100gm tepung crispy fry nona
100ml air
4 sudu makan minyak
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menggoreng



 


Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung, air, minyak & perasa.Bancuh hingga sebati.
2. Celupkan ikan siakap dan goreng dalam minyak yang panas. Baki selebihnya bahan celuoan dicurahkan kedalam kuali diatas ikan yang sedang digoreng.
3. Goreng hingga kekuningan dikedua-dua belah. Angkat & toskan minyak. Hidangkan didalam pinggan.



Sos Taman

         

Bahan A:
3 sudu makan pes cili maepranom
3 sudu makan sos ikan
2 biji limau nipis diambil jusnya
3 sudu makan gula
Sedikit bahan perasa


Bahan B:
1 biji bawang holland dimayang dadu
1 biji tomato dihiris dadu
2 batang serai dihiris nipis
4 helai daun limau purut dibuang urat tengah & dihiris halus
1 rumpun daun ketumbar dihiris halus
5 biji cili padi dihiris halus


Cara membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan A hingga sebati.
2. Campurkan semua bahan A & B. Gaul hingga sekata.
3. Tuangkan keatas ikan yang telah digoreng tadi. Sedia untuk dihidang.



           






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...