Bacalah Walau Sedetik

Dari Sa’di r.a menceritakan bahawa satu ketika kami duduk bersama-sama Nabi SAW. Nabi SAW bersabda: Adakah salah seorang daripada kamu sanggup melakukan kebaikan seribu kali setiap hari? Salah seorang daripada kami yang duduk di majlis itu bertanya: Bagaimana seseorang boleh memperolehi seribu kebaikan setiap hari? Nabi SAW bersabda: Bertasbih (Subhanallah) seratus kali akan dituliskan ganjaran untuknya seribu kebaikan. Dan seribu dosa akan dimaafkan. (HR Muslim)

Random Hadith Widget

Wednesday, April 3, 2013

SPAGHETI DAGING SELASIH BERSAMA BROKOLI

 
Spagheti Daging Selasih Bersama Brokoli


Bahan-bahannya :
● 500gm spagheti  halus (angel hair San Remo)-dicelur 2 minit dengan air mendidih yang telah dicampur dengan 1 sudu teh garam & 3 sudu makan minyak masak. Angkat, siramkan dengan air sejuk & toskan.
● Hirisan brokoli dicelur selama 2 minit dengan air mendidih yang telah ditambah 1 sudu makan minyak masak. Angkat & toskan.


       

Bahan untuk kuah:
400 gm daging kisar brand Ramly disiram bersih & ditoskan.
3 biji bawang besar holland dicincang halus
3 biji tomato dihiris dadu.
1 sudu makan pes cili maepranom (@ 2 sudu makan cili boh
430 gm tomato puree brand kimball ( 1 tin)
1+1/2 cawan air
20 helai daun selasih dihiris halus
Garam & gula secukup rasa.
Sedikit bahan perasa ( Ummi guna cukup rasa maggie)
Minyak untuk menumis


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan tomato, tomato puree & pes cili. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan daging kisar, air, garam, gula & perasa. Kacau hingga kuah pekat.
4. Masukkan daun selasih. Kacau hingga rata.
5. Angkat, sedia untuk dimakan bersama spagheti. Hiaskan brokoli dan daun selasih diatasnya, sedia untuk dihidang.


       

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...