Bacalah Walau Sedetik

Dari Huzaifah r.anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Islam itu terdiri dari lapan bahagian (yang penting). Islam (iman) satu bahagian, mendirikan solah satu bahagian, membayar zakat satu bahagian, menunaikan Haji satu bahagian, berpuasa satu bahagian, menyeru kepada kebaikan satu bahagian, mencegah daripada kemungkaran satu bahagian dan berjihad di jalan Allah Taa’la satu bahagian, sesungguhnya gagallah bagi mereka yang tidak ada satu bahagian pun daripadanya. (HR Al-Bazzar)

Random Hadith Widget

Friday, March 16, 2012

MEE GORENG AYAM

Mee Goreng Ayam


Bahan-bahannya: 
250gm mee kuning
100gm daging ayam dipotong kecil
5 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar holland dimayang halus
1 sudu makan tomato puree
1 sudu makan cili boh
5 sudu makan lemak manis
garam & gula secukup rasa
kobis dihiris kecil
1/2 cawan air
sedikit bahan perasa
minyak masak untuk menumis (ummi guna minyak matahari)





Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih  hingga naik bau. Masukkan bawang besar, tumis hingga layu, 
2. Masukkan ayam, kacau hingga masak.
3. Masukkan cili boh & tomato puree, kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan air, kicap, garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan mee & kobis, kacau hingga lembut.
6. Angkat, hidangkan bersama hiasan daun sup, kulit tomato & taburan bawang goreng.

2 comments:

  1. salam kenal...ziarah sini..sedap mee tue..sy follow ur blog;)

    ReplyDelete
  2. Tq, cantik blog zila, kek & kuih-muih semuanya menarik...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...