Bacalah Walau Sedetik

Hadzrat Talhah ibnu Ubaidullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang mana barangsiapa membacanya ketika hampir matinya, kecuali mendapati ruhnya amat tenang keluar dari pada jasadnya dan kelak akan menjadi nur baginya pada hari Qiamat. (Kalimah itu ialah La ilaha illallah). (HR Abu Ya’la, Majma uz Zawaid)

Random Hadith Widget

Sunday, March 4, 2012

MAGGI KARI

Maggi Kari

Bahan-bahannya: (untuk 2-3 orang makan)
2 bungkus mee maggi perisa kari
1 biji bawang besar holland dimayang halus
3 ulas bawang putih diketuk
1 sudu makan cili boh
1 biji tomato dicincang halus
2 biji telur
6 biji bebola ayam dibelah 4
4 cawan air
sedikit gula (ummi tak letak garam sebab perencah maggi dah masin)
kobis dihiris kecil
Minyak untuk menumis (Ummi guna minyak zaitun)

      

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar, kacau hingga keperangan.
2. Masukkan cili boh & tomato, kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan air bersama perencah maggi kari & gula secukup rasa. Biarkan hingga mendidih.
4. Pecahkan 2 biji telur ke dalam periuk, (jangan kacau supaya tak hancur,) biarkan hingga kental.
5. Masukkan kobis & mee segera, biarkan selama 2 minit.
6. Angkat, hidangkan bersama hiasan bawang goreng, daun ketumbar & tomato.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...