Bacalah Walau Sedetik

Hazrat Iyyadh bin Khimar r.anhu dari kabilah bani Mujashik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT telah mewahyukan kepadaku supaya kamu semua berusaha mendapatkan sifat tawadhuk sehingga tidak akan wujud sifat bangga di antara satu sama lain dan tidak menzalimi orang lain. (HR Muslim)

Random Hadith Widget

Sunday, March 4, 2012

IKAN TALAPIA GORENG BERSOS MANDARIN


Ikan Talapia Goreng Bersos Limau Mandarin


Bahan-bahannya:
2 ekor ikan talapia dikelar
2 ulas bawang putih
1.5cm kunyit hidup
garam secukupnya
sedikit perasa
minyak untuk menggoreng.


Cara membuatnya:
1. Tumbuk bawang putih bersama dengan garam, kunyit & perasa hingga lumat.
2. Perap ikan dengan bahan tumbuk diatas selama 10-15 minit.
3. Panaskan minyak, goreng ikan sehingga garing & dihidang dalam pinggan.




Bahan Untuk Sos Mandarin.
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji lada merah dicincang halus (kalau nak pedas tambah cili padi)
3/4 cawan jus limau mandarin
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
sedikit minyak masak untuk menumis-anggaran 3 sudu makan (Ummi guna minyak zaitun lebih berkhasiat)




Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan lada merah, kacau sekejap hingga layu.
3. Masukkan jus limau mandarin, garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
4. Angkat & siramkan ke atas ikan goreng tadi.


     


Bahan hiasan:
Hirisan limau mandarin
Daun kemangi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...