Bacalah Walau Sedetik

Dari Ibn 'Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan Israfil, semenjak hari penciptaannya terus berdiri dengan lurus di atas kedua belah kakinya tidak pernah mengangkat wajahnya. Di antara dia dan TuhanNya yang Maha Tinggi terdapat tujuh puluh hijab (dinding) dari Nur. Jika ia mendekati kepada hijab ini nescaya akan terbakar. (HR Masahibus Sunnah)

Random Hadith Widget

Sunday, March 18, 2012

IKAN TALAPIA HITAM MASAK SWEET SOUR ASAM BELIMBING BULUH

Ikan Talapia Hitam Masak Sweet Sour Asam Belimbing Buluh

Bahan-bahannya:
3 ekor ikan talapia hitam diperap dengan garam, kunyit, bawang putih dan digoreng hingga garing
10 biji belimbing buluh dibelah dua
2 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
1cm halia dihiris halus
3 sudu makan cili boh
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
Minyak untuk menggoreng & menumis
sedikit air jika perlu


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang besar, kacau hingga layu.
2. Masukkan cili boh, kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan garam, gula, bahan perasa & belimbing buluh, kacau hingga sebati (tambah sedikit air jika perlu).
4. Angkat & siramkan keatas ikan talapia goreng. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...