Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling banyak mendapat manfaat daripada syafaatku pada hari kiamat nanti ialah seorang yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah dengan ikhlas di dalam hatinya. (HR Bukhari)

Random Hadith Widget

Wednesday, March 7, 2012

AYAM PUREE

Ayam Puree


Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam dipotong dua diperap bersama garam, kunyit & perasa (10-15 minit)
4 biji bawang besar bombay dicincang halus/dikisar
4 ulas bawang putih diketuk
1.5 cm halia diketuk
5 sudu makan tomato puree
1 sudu makan cili boh
garam & gula secukup rasa
sedikit perasa
minyak untuk menumis


     


Cara Membuatnya:
1. Goreng Ayam hingga masak & ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang besar & halia, kacau hingga bawang layu.
3. Masukkan cili boh, tomato puree, garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati & naik minyak.
4. Angkat & tuangkan keatas ayam yang telah digoreng tadi.
5. Hiaskan dengan belahan tomato, daun bawang / daun pasley(daun ketumbar)
6. Sedia untuk dihidang

1 comment:

  1. Salam kak, bila tengok pic ni dah dapat rasa keenakan ayam puree ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...