Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Tuesday, August 7, 2012

YUM MA-MUANG (SALAD/KERABU MANGGA MUDA)

Yum Ma-Muang (Salad/Kerabu Mangga Muda)

Bahan-bahannya:
1+1/2 cawan mangga disagat halus
1 cawan carrot disagat halus
2 sudu makan udang kering ditumbuk halus
4 biji cili padi ditumbuk halus
3 sudu makan gula ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 biji limau nipis dimbil jusnya

          

Cara membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan-bahan diatas sehingga sebati.
2. Hiaskan dengan hirisan cili padi & limau nipis. Sedia untuk dihidang.


Monday, August 6, 2012

DAGING SEGAR GORENG MANGGA

Daging Segar Goreng Mangga

Bahan-bahannya:
300gm daging segar dihiris nipis
3 ulas bawang putih ditumbuk
4 cm kunyit hidup ditumbuk
1 sudu teh garam ditumbuk
1 cawan mangga yang disagat halus
2 biji lada merah dipotong serong
3 keping hirisan halia, dimayang halus
1 biji bawang besar merah dimayang
1 cawan air
sedikit bahan perasa
6 sudu makan minyak untuk menggoreng

      

Cara Membuatnya:
1. Perap daging bersama garam, kunyit, bawang putih & perasa selama 10-15minit.
2. Panaskan minyak, goreng daging hingga bertukar warna (dari merah ke kelabu).
3. Masukkan air, perlahankan api, tutup dengan tudung periuk, renehkan sehingga kering air & daging empuk (30 minit).
4. Masukkan mangga, bawang besar, halia & cili, kacau selama 2 minit & angkat.
5. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.

PUDING KARAMEL GULA HANGUS

Puding Karamel Gula Hangus

Bahan-bahannya:
6 biji telur ayam gred A
1 tin susu cair
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh essen vanilla

Cara membuatnya:
1. Kisar semua bahan dalam blender bawang hingga sebati.
2. Angkat & tuangkan kedalam loyang yang mengandungi karamel gula hangus.
3. Kukus 30 minit & angkat. Balutkan tudung pengukus dengan kain supaya wapnya tidak menitis pada adunan.
4. Angkat, sedia untuk dihidang.


Bahan-bahan karamel:
3/4 cawan gula
1 cawan air

         

Cara Membuatnya:
1. Masukkan gula dalam periuk, dengan api yang sederhana perlahan, sentiasa kacau gula hingga cair & menjadi keperangan.
2. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga habis. (Berhati-hati semasa tuang air, mungkin akan meletus & terpercik keluar). Kacau hingga kesemua gula larut.
3. Angkat & tuangkan kedalam loyang.

TELUR DADAR DAUN KETUMBAR

Telur Dadar Daun Ketumbar

Bahan-bahannya:
2 biji telur ayam gred A
3 tangkai daun ketumbar dihiris halus
1/2 biji bawang besar merah dicincang/ mayang halus
1/2 sudu teh garam @ secukup rasa
sedikit bahan perasa jika suka
sedikit minyak untuk menggoreng (anggaran 5 sudu makan)

          

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan diatas hingga sebati
2. Panaskan minyak, goreng dengan api yang perlahan. Terbalikkan apabila bahagian bawah sudah kekuningan.
3. Angkat, bahagikan ikut bahagian yang dikehendaki. sedia untuk dihidang.

MASAK LEMAK LALA/KUPANG BERSAMA KULIT TEMBIKAI

Masak Lemak Lala Bersama Kulit Tembikai

Bahan-bahannya:
1/2 kg kupang@ Lala, dicuci bersih & ditoskan
5 cawan santan kelapa (Ummi guna santan kelapa sawit khalis 1: 4)
3 jurai kulit tembikai dibuang bahagian kulit hijau, dipotong selebar 3 jari.
1/2 cawan ikan bilis ditumbuk
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk
1 biji bawang besar ditumbuk
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa jika suka


          



Cara Membuatnya:
1. Masak santan bersama semua bahan kecuali Lala/kupang. Sentiasa kacau hingga mendidih.
2. masukkan lala/kupang, kacau selama 2 minit & angkat.
3. Hiaskan dengan lada merah, sedia untuk dihidang.

         

JUS MENTIMUN LEMON

Jus Mentimun Lemon

Bahan-bahannya: (untuk 1 jug air)
2 biji lemon diambil jusnya
4 biji timun dikisar dengan 1 cawan air@ secukupnya, ditapis & diambil jusnya
9 sudu makan gula dilarutkan dalam air @ secukupnya
1 sudu makan sirap ros
Air masak secukupnya
Ais secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Campurkan semua bahan-bahan diatas.
2. Sedia untuk diminum

AYAM MASAK MERAH SERAI

Ayam Masak Merah Serai

Bahan-bahannya:
3/4 ekor ayam dipotong kecil (seekor ayam potong 12)-digaul garam & serbuk kunyit & digoreng separuh masak.
2 batang serai diketuk
3 biji bawang besar merah dikisar
1 biji bawang besar dimayang halus
2 ulas bawang putih dikisar
2cm halia dikisar
3 keping hirisan lengkuas dikisar
1 biji tomato dikisar
2 sudu makan serbuk cili
3/4 cawan air
garam secukup rasa
gula melaka@ nissan secukupnya
sedikit bahan perasa (kiub ayam dll)
minyak untuk menumis & menggoreng


        

Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang besar yang dimayang hingga layu.
2. Masukkan bahan kisar & serbuk cili, tumis hingga naik minyak.
2. Masukkan gula melaka, garam, bahan perasa, air, serai & ayam, kacau hingga sebati & sehingga kuah pekat.
3. Angkat, hiaskan dengan daun ketumbar & tomato ceri. Sedia untuk dihidang,



SINGGANG DAGING KUAH MERAH

Singgang Daging Kuah Merah

Bahan-bahannya:
400 gm daging segar, dihiris nipis
6 cawan air
2 sudu makan ketumbar ditumbuk
3 cm halia diketuk
1 biji bawang besar merah ditumbuk
3 tangkai cili kering ditumbuk
1 keping asam keping
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa

          

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk, masak hingga mendidih.
2. Perlahankan api, tutup tudung periuk, renehkan sehingga daging empuk.
3. Angkat, hiaskan dengan bawang goreng, daun ketumbar & tomato ceri. Sedia untuk dihidang.


Thursday, August 2, 2012

GULAI LEMAK KUNING KETAM BERSAMA NENAS

Gulai Lemak Kuning Ketam Bersama Nenas

Bahan-bahannya:
4 ekor ketam, dibuang cengkerang & dibelah 2
4 cawan santan (Ummi guna santan sawit Khalis, 1 cawan + 3 cawan air)
4 tangkai cili kering dikisar
3 keping hirisan lengkuas dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
2  biji bawang besar merah dikisar
3 cm kunyit hidup dikisar
2 keping nenas potongan bulat dihiris kecil
1 helai daun kunyit dicarikkan
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa

            

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua kedalam periuk kecuali tomato & daun kunyit, masak & kacau hingga mendidih.
2. Masukkan tomato & daun kunyit. Kacau selama 2 minit & angkat. Sedia untuk dihidang.



GULAI AYAM KUNYIT

Gulai Ayam Kunyit

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam dipotong 6, digaul dengan garam & kunyit, digoreng separuh masak
4 cawan santan (Ummi guna santan sawit Khalis, 1 cawan + 3 cawan air)
4 tangkai cili kering dikisar
3 keping hirisan lengkuas dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
2  biji bawang besar merah dikisar
3 cm kunyit hidup dikisar
1 biji tomato dibelah 8
2 biji lada merah dibelah 2
1 helai daun kunyit dicarikkan
1 batang serai diketuk
1 keping asam keping
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa


         

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua kedalam periuk kecuali tomato, lada merah & daun kunyit, masak & kacau hingga mendidih.
2. Masukkan tomato, lada merah & daun kunyit. Kacau selama 2 minit & angkat. Sedia untuk dihidang.

          


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...