Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Sunday, April 28, 2013

KUIH PUTERI AYU SUSU

Kuih Puteri Ayu Susu




Bahan A:
1/2 biji kelapa parut putih
1+1/2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus


 
Caranya:
1. Gaulkan semua bahan diatas hingga sebati
2. Letakkan bahan A didasar acuan, tekan dengan jari supaya mampat.



Bahan B:
3 biji telur gred B
160gm gula icing
2 sudu teh ovalett
300gm tepung gandum diayak bersama serbuk penaik
1 sudu teh serbuk penaik
210 ml fresh milk ( Ummi guna 4 sudu makan susu tepung Dutch Lady dibancuh dengan 210ml air suam)
1 sudu teh esen pandan
Beberapa titis pewarna hijau epal
30 biji acuan puteri ayu


           


           


           

Cara Membuatnya:
1. Pukul telur+gula icing+ovalett hingga kembang ( bertukar warna dari kuning kepada cream, guna low kemudian high speed)
2. Masukkam fresh milk, esen pandan & pewarna hijau, pukul guna low speed, pukul  hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit & dipukul dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
4. Tuangkan kedalam acuan yang trkah diletakkan bahan A tadi.
5. Kukus selama 7 - 10 minit & angkat.
6. Keluarkan dari acuan, sedia untuk dihidang.


            


           


        






JEJEMPUT JAGUNG PISANG GEBU

Jejemput Jagung Pisang Gebu


Bahan-bahannya:

2 tongkol jagung dihiris isinya
2 biji pisang berangan dilenyek halus
2 cawan tepung gandum
4 sudu makan susu pekat manis + 1/2 sudu teh garam halus dikacau bersama 170ml air panas
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

       


Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan diatas, kacau hingga sebati.
2. Panaskan minyak, sendukkan dengan sudu, goreng hingga kedua belah kekuningan. Goreng sehingga habis bancuhan.
3. Angkat, toskan minyak sedia untuk dihidang.


            


Saturday, April 27, 2013

TOM YAM GOONG (Tom Yam Udang)


 Tom Yam Goong (Tom Yam Udang)


Bahan-bahannya: (untuk 5 orang makan)
20 ekor udang dibuang kulit (tinggalkan bahagian ekor), dibelah belakang
4 cawan air
1 cawan susu cair
6 keping hirisan lengkuas
2 batang serai diketuk
3 sudu makan pes cili dalam minyak maepranom
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan jus limau nipis
7 biji cili padi diketuk
1/2 biji bawang besar holland dibelah 6
2 sudu teh perasa ( ummi guna maggie cukup rasa)
7 kuntum cendawan shintage segar dibelah 2
Daun ketumbar untuk hiasan

             


Cara membuatnya:
1. Rebus air bersama serai & lengkuas sehingga mendidih.
2. Masukkan pes cili, sos ikan, jus limau nipis, cendawan & cili padi
3. Masukkan udang bersama bawang besar & daun limau purut. Kacau selama 2 minit dan angkat.
4. Hiaskan dengan daun ketumbar diatasnya. Siap untuk dihidang.


              




NASI KERABU CHICKEN FLOSS

 
Nasi Kerabu Chicken Floss
Bahan Utama:
3 cawan white Chicken Floss (Ummi beli kat Ipoh, kirim kat kawan 1kg = RM 35)
Anggaran penggunaan 2-3 sudu makan utk sepinggan nasi

 


Nasi Biru


Bahan-bahannya:
4 pot beras siam
3 helai daun limau purut dicarikkan
Beberapa titis pewarna biru
Air secukupnya.


Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan diatas dalam rice cooker. Tekan on, masak seperti biasa.


Serunding   Kelapa (Sambal Nyor Serai)


Bahan-bahannya: (tahan 1 bulan+++ jika disimpan dalam bekas kedap udara)
3 cawan  kelapa parut putih
2 batang serai diracik@ dihiris halus
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa ( Ummi guna cukup rasa maggie)


Cara membuatnya:
1. Goreng tanpa minyak  kelapa parut putih & serai sehingga kering,  tidak melekat & keperangan. (Sentiasa koreskan bahagian bawah kuali semasa mengacau supaya tidak hangit)
2. Tambah garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati.
3. Angkat, sejukkan & masukkan dalam bekas kedap udara. Jika suka, boleh juga dikisar dengan pengisar kering supaya teksturnya lebih halus.

# Anggaran penggunaan 2 sudu makan utk sepinggan nasi


Sambal  Cuka


 

Bahan-bahannya: (tahan 1 bulan+++ & lebih jika disimpan didalam peti ais)
50 biji cili padi merah dibuang tangkai
3 sudu makan cuka
3 sudu makan air
3 ulas bawang putih
3/4 sudu teh garam@ secukupnya
1 sudu makan gula@ secukupnya

Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan dalam blender, kisar sehingga halus
2. Masukkan dalam bekas tertutup, simpan dalam peti ais selepas digunakan



Kuah Sambal Tumis


 

Bahan-bahannya:
2 cawan santan
1 biji bawang besar dikisar
1 batang serai dikisar
1 sudu teh pes cili maepronom ( kalau guna cili boh 1 sudu makan)
Gula melaka secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit bahan perasa


Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan didalam periuk. Kacau hingga mendidih
2. Sedia untuk dimakan bersama nasi kerabu.
3. Anggaran penggunaan untuk sepinggan nasi adalah 1- 2 sudu makan.


Ulam-ulaman


 

Bahan-bahannya: 
1 batang timun
6 tangkai kacang panjang
1/4 biji kobis
1 batang bunga kantan
10 tangkai daun kesum, ambik daunnya sahaja
8 batang daun salom
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya ( urat tengah daun)
10 helai daun pudina
Lain- lain ulam yang sesuai


Cara membuatnya:
1. Hiris semua ulam- ulam diatas sehalusnya.
2. Daun yang beraroma hendaklah dicampurka sekali dalam satu bekas seperti daun kesum, daun salom, daun limau purut, daun pudina, bunga kantan dsb.


Bahan sampingan yang lain:
Budu (1 sudu teh utk sepinggan nasi)
Limau nipis
Keropok keping ikan yang telah digoreng
Bawang jeruk
Solok lada
Telur masin
Dsb.


Lauk Sampingan:
Ikan celup tepung goreng
Ayam @ ikan percik
Daging bakar
Ayam goreng berempah

         



PLA LUI SUAN (Ikan Dalam Taman)

 
Pla Lui Suan (Ikan Dalam Taman)


Bahan-bahannya: 1 ekor ikan siakap dibersihkan & dikelar rapat
100gm tepung crispy fry nona
100ml air
4 sudu makan minyak
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menggoreng



 


Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung, air, minyak & perasa.Bancuh hingga sebati.
2. Celupkan ikan siakap dan goreng dalam minyak yang panas. Baki selebihnya bahan celuoan dicurahkan kedalam kuali diatas ikan yang sedang digoreng.
3. Goreng hingga kekuningan dikedua-dua belah. Angkat & toskan minyak. Hidangkan didalam pinggan.



Sos Taman

         

Bahan A:
3 sudu makan pes cili maepranom
3 sudu makan sos ikan
2 biji limau nipis diambil jusnya
3 sudu makan gula
Sedikit bahan perasa


Bahan B:
1 biji bawang holland dimayang dadu
1 biji tomato dihiris dadu
2 batang serai dihiris nipis
4 helai daun limau purut dibuang urat tengah & dihiris halus
1 rumpun daun ketumbar dihiris halus
5 biji cili padi dihiris halus


Cara membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan A hingga sebati.
2. Campurkan semua bahan A & B. Gaul hingga sekata.
3. Tuangkan keatas ikan yang telah digoreng tadi. Sedia untuk dihidang.



           






PETUA SIMPAN CILI PADI

 
Petua Menyimpan Cili Padi

Biasanya kalau beli cili padi mesti tak semuanya habis digunakan. Bakinya disimpan dalam peti sejuk. Biasanya kalau seminggu dalam peti, separuhnya dah rosak, lembik bahagian tangkai, bertukar warna jadi coklat dll.

Petua dibawah membolehkan Ummi simpan cili padi paling kurang sebulan +++, tapi masih elok seperti baru beli...

Bahan-bahannya:
Cili padi
Tissue Towel/kertas tisu dapur
Tupperware / bekas kedap udara


         

Caranya:
1. Buangkan tangkai dari cilinya.
2. Basuh bersih cilinya
3. Lapkan cili dengan tissue towel hingga kering.
5. Alaskan bahagian dasar tupperware dengan tissue towel sekurang-kurangnya 4 lapis.
6. Letakkan cili padi didalam tupperware.
7.Tutup rapat tupperware, simpan didalam peti sejuk.


       

Friday, April 19, 2013

NASI GORENG UDANG GALAH BERSAMA BUNGA KANTAN

 
Nasi Goreng Udang Galah Bersama Bunga Kantan

Bahan-bahannya:
2 pinggan penuh nasi putih sejuk
1 + 1/2 biji bawang besar bombay dihiris halus
4 ulas bawang putih dicincang
2 sudu makan kicap sotong
15 ekor udang galah saiz kecil
1 kuntum bunga kantan dihiris halus (seperti nak buat kerabu)
1 +1/2 sudu makan pes cili maepranom
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis
Daun pudina sebagai hiasan



    

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih & bawang besar hingga layu.
2. Masukkan pes cili, kacau hingga sebati
3. Masukkan udang, kicap sotong, garam, gula & perasa, kacau hingga udang masak.
4. Masukkan nasi, kacau hingga nasi kering & tidak melekat.
5. Masukkan bunga kantan, kacau selama 1 minit & angkat.
6. Hiaskan dengan daun pudina, sedia untuk dihidang



                           



Wednesday, April 10, 2013

PETUA MENYIMPAN LENGKUAS

 
Petua Menyimpan Lengkuas

Bahan-bahannya:
Lengkuas
Tissue towel/ kertas tisu dapur
Tupperware/ bekas kedap udara


                  

                 

Cara membuatnya:
1. Bersihkan lengkuas, buang segala selaput kering & akar.
2. Cuci bersih dengan air, lapkan supaya isi lengkuas benar-benar kering.
3. Lapikkan @alaskan bahagian dasar tupperware dengan tissue towel sebanyak 4 lapis. ( biasanya Ummi guna tupperware kecil so 1 keping tissue towel dah cukup coz Ummi lipat 4)
4. Letakkan lengkuas diatasnya, tutup rapat tudung tupperware, simpan dalam peti sejuk. Kalau nak gunakan keluarkan, hiriskan untuk kegunaan, selebihnya simpan balik dalam peti sejuk.
5. Insyaallah tahan 3-4 bulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...