Bacalah Walau Sedetik

Dari Huzaifah r.anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Islam itu terdiri dari lapan bahagian (yang penting). Islam (iman) satu bahagian, mendirikan solah satu bahagian, membayar zakat satu bahagian, menunaikan Haji satu bahagian, berpuasa satu bahagian, menyeru kepada kebaikan satu bahagian, mencegah daripada kemungkaran satu bahagian dan berjihad di jalan Allah Taa’la satu bahagian, sesungguhnya gagallah bagi mereka yang tidak ada satu bahagian pun daripadanya. (HR Al-Bazzar)

Random Hadith Widget

Tuesday, May 15, 2012

NASI GORENG BLACKPAPER TELUR

Nasi Goreng Blackpaper Telur

Bahan-bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih sejuk
2 biji telur
6 sudu kicap lemak manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih dicincang
4 ulas bawang merah dimayang halus
garam & gula secukup rasa
sedikit perasa
hirisan kobis
minyak untuk menumis



Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih & bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan telur, kacau hingga hancur & berketul kecil.
3. Masukkan kicap, garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan nasi  & kobis, kacau hingga kering & nasi berderai.
5. Angkat, hiaskan dengan salad, hirisan lada merah & taburan bawang goreng.
6.Sedia untuk dihidang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...