Bacalah Walau Sedetik

Dari Masturid bin Syaddad r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Demi Allah tiadalah dunia ini jika dibandingkan dengan akhirat adalah seumpama salah seorang daripada kamu yang memasukkan anak jari ke dalam sebuah lautan dan diangkat, maka lihatlah sebanyak mana air yang melekat di jari itu (begitu sedikit) begitulah jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat. (HR Muslim)

Random Hadith Widget

Thursday, May 10, 2012

DAGING BLACKPAPER HITAM MANIS

Daging Blackpaper Hitam Manis


Bahan-bahannya:
300gm daging dihiris nipis, diperap bersama 4 ulas bawang putih tumbuk, garam, serbuk lada hitam & perasa. (perap selama 15-30minit)
1 biji bawang besar holland dimayang
2 hirisan halia dimayang halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh pes asam jawa
1 cawan air
5 sudu makan kicap lemak manis
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis.


          


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis daging hingga naik bau.
2. Masukkan air, kacau sekejap, tutup dengan tudung periuk, reneh sehingga air hampir kering & daging empuk.
3. Masukkan kicap, garam, gula, asam jawa & perasa. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan hirisan bawang & halia, kacau hingga bawang layu.
5. Angkat, taburkan bawang goreng diatasnya, sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...