Bacalah Walau Sedetik

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Kerana (mendakwahkan) agama, aku telah ditakut-takutkan yang mana tidak ada seorang pun yang ditakut-takutkan seperti itu, dan aku telah disakiti hingga tiada siapa yang disakiti seperti ini. Telah berlalu tiga puluh malam dan tiga puluh siang berturut-turut dalam keadaan tidak ada makanan sedikit pun yang boleh dimakan oleh benda bernyawa kecuali kadar yang boleh disembunyikan oleh ketiak Bilal. Yakni kadar yang terlalu sedikit. (HR Tirmizi)

Random Hadith Widget

Saturday, May 19, 2012

AYAM MASAK MERAH BERSAMA KACANG PEA

Ayam Masak Merah Bersama Kacang Pea

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam dipotong 8, digaul bersama garam, serbuk kunyit & sedikit perasa serta digoreng separuh masak.
1/2 cawan kacang pea
3 biji bawang besar merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
2 cm halia dikisar
3 ulas bawang merah dimayang halus
1 sudu makan tomato puree
4 sudu makan cili boh
1/2 cawan air
gula melaka@ nissan secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untu menumis & menggoreng

           

Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang merah yang dimayang hingga naik bau & layu. Masukkan bahan kisar, kacau hingga rempah masak.
2. Masukkan cili boh & tomato puree, kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan gula melaka, garam & perasa. Kacau hingga sebati. 
4. Masukkan air & ayam yang telah digoreng separuh masak, kacau hingga sebati, biarka mereneh hingga kuah pekat.
5. Masukkan kacang pea, kacau 2 minit & angkat.
6. Sedia untuk dihidang.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...