Bacalah Walau Sedetik

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah SAW bersabda: Tiga perkara akan mengikuti mayat. Dua akan kembali dan tinggal yang satu. Akan mengikutinya (ke kubur) ahli keluarganya, hartanya dan amalannya. Kemudian harta dan ahli keluarganya akan kembali, tinggallah bersamanya amalannya. (HR Muslim)

Random Hadith Widget

Saturday, May 12, 2012

BIHUN GORENG RENCAH SAMBAL TUMIS BILIS

Bihun Goreng Rencah Sambal Tumis Bilis

Bahan-bahannya:
300gm bihun direndam dengan air panas hingga lembut & ditoskan.
3 sudu makan sambal tumis bilis dikisar (lebihan sambal untuk nasi lemak)
1 biji bawang besar merah dikisar
4 ulas bawang putih diketuk
2 biji telur
hirisan sayur kobis
1 sudu makan cuka
1 sudu makan cili boh
garam & gula secukup rasa
sedikit perasa
minyak untuk menumis

       


Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang merah, kacau hingga layu.
2. Masukkan sambal tumis & cili boh., kacau hingga naik minyak.
3. pecahkan telur didalamnya, kacau hingga berketul.
4. Masukkan garam, gula, perasa & cuka, kacau hingga sebati.
5. Masukkan bihun & kobis, kacau sehingga kering & sebati.
6. Angkat, hiaskan bersama telur dadar, bawang goreng, sos cili & hirisan timun.
7. Sedia untuk dihidang. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...