Bacalah Walau Sedetik

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Akan datang dari umatku pada hari Kiamat nanti dimana cahaya mereka seperti cahaya matahari. Kami bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah SAW? Nabi SAW menjawab: Mereka itu ialah muhajirin yang miskin. Yang berada teguh dalam kerja-kerja yang sukar dibarisan hadapan. Apabila mereka mati keinginan mereka turut terpendam didalam dadanya. Mereka dihimpunkan dari segenap penjuru bumi ini. (HR Musnad Ahmad)

Random Hadith Widget

Thursday, May 10, 2012

KUE TEOW KUAH TULANG LEMBU



Bahan-bahannya:
1kg kue teow (dibasuh dengan air panas & ditoskan) (boleh digantikan dengan mee)
1kg tulang lembu
10 cawan air/secukupnya
5 ulas bawang putih diketuk
3 biji bawang besar merah dimayang/cincang halus
3 sudu makan cili boh
3 sudu makan tomato puree
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan kacang tanah tumbuk (ummi guna kacang hancuran brand nona)
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
2 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
Hirisan kobis dicelur selama 2 minit
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis


         


Bahan hiasan:
Hirisan cili merah/cili padi
hirisan daun bawang + daun sadri (daun sup)
bawang goreng
tomato ceri




Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih bersama kulit kayu manis, bunga lawang & biji pelaga hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar, kacau hingga layu.
3. Masukkan cili boh, sos cili & tomato puree, kacau hingga naik minyak.
4. Masukkan air & tulang. rebus hingga empuk (selama 1 jam).
5. Masukkan garam, gula, perasa & serbuk lada sulah, sesuaikan rasa & angkat.
6. Cara menghidangnya ialah dengan masukkan kue teow kedalam mangkuk, letakkan sayur kobis, & siramkan kuah diatasnya. Hiaskan dengan bahan hiasan diatas.
7. Sedia untuk dihidang.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...