Bacalah Walau Sedetik

Dari ‘Amr bin Abasah r.a meriwayatkan bahawa dia bertanya iman apakah yang lebih afdhal? Baginda SAW menjawab: Iman yang mana disertai dengan hijrah. Beliau bertanya: Apakah hijrah itu? Baginda SAW menjawab: Hijrah daripada meninggalkan kejahatan. (HR Musnad Ahmad)

Random Hadith Widget

Monday, May 21, 2012

GULAI NENAS IKAN MASIN BERSAMA TELUR

Gulai Nenas Ikan Masin Bersama Telur

Bahan-bahannya:
6 biji telur ayam direbus & dikupas kulit.
10 ekor ikan masin selar kuning 
10 biji cili padi
1 potong nenas dihiris kecil
2 cm kunyit hidup dikisar
2 biji bawang besar merah dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
2 hiris lengkuas dikisar
1 sudu makan cili boh
4 cawan santan
garam & gula secukup rasa (kurangkan garam coz ikan masin memang dah masin)
sedikit bahan perasa

          

Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk,nyalakan api,  sentiasa kacau hingga mendidih.
2. Biarkan mendidih 5 minit sambil mengacau sampai ikan masin lembut.
3. Angkat & sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...