Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa bersumpah palsu dengan sumpah palsu dan mengambil hak seorang muslim yang lain Allah akan mewajibkan baginya memasuki neraka Jahannam dan haram ke atasnya syurga. Seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah SAW walaupun di atas satu benda yang remeh? Nabi SAW bersabda: Ya walaupun sebesar satu ranting dari pohon arak. (HR Muslim)

Random Hadith Widget

Thursday, May 10, 2012

IKAN BAUNG GORENG SAMBAL TOMATO

Ikan Baung Goreng Sambal Tomato

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan baung (800gm) dipotong 2 (lumurkan tepung gandum/beras pada badan ikan & basuh untuk hilangkan lendir & hanyir.Digaulkan bersama garam, serbuk kunyit, perasa & digoreng garing.

4 biji bawang merah besar dimayang@ dicincang halus.
2 hirisan halia dicincang halus.
3 biji tomato dicincang halus
4 sudu makan cili boh
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis & menggoreng

          

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang & halia hingga layu.
2. Masukkan cili boh, kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan tomato, garam, gula & perasa, kacau hingga sebati & tomato layu.
4. Angkat & tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Hiaskan dengan timun jepun, sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...