Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Umamah al-Bahiliy r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang mukanya telah berlumuran debu di jalan Allah SWT, pada hari kiamat nanti Allah SWT akan memelihara muka itu dari api neraka. Dan sesiapa yang kedua-dua belah kakinya telah berlumuran debu di jalan Allah SWT, Allah SWT akan memelihara kakinya dari api neraka. (HR Baihaqi)

Random Hadith Widget

Saturday, May 19, 2012

BUBUR NASI AYAM CARROT

Bubur Nasi Ayam Carrot

Bahan-bahannya:
4 cawan nasi putih dikisar bersama air
5 cawan air (termasuk untuk kisar nasi)
3 ulas bawang merah dimayang halus
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 batang carrot dipotong kecil
3/4 cawan isi ayam dipotong halus
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
sedikit serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis



Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih, bawang merah bersama kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga sehingga naik bau.
2. Masukkan semua bahan yang lain kecuali carrot, biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan carrot, kacau selama 2 minit & angkat.
4. Hiaskan diatasnya dengan bawang goreng, daun sup & daun bawang. Sedia untuk dihidang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...