Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Friday, July 13, 2012

SUP PANAS AYAM BABY CORN

Sup Ayam Baby Corn

Bahan-bahannya:
7 biji baby corn dipotong 2 & dibelah 2
200gm isi ayam dipotong nipis
1/2 biji bawang besar merah dicincang halus
4 ulas bawang putih ditumbuk kasar
6 hirisan halia
4 cawan air
1 sudu teh serbuk sup
Sedikit serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa (kiub ayam@ aji dll)
minyak untuk menumis

            


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah & halia hingga naik bau.
2. Masukkan ayam, kicau hingga separuh masak. 
3.Masukkan air, serbuk sup, garam, gula & perasa, renehkan hingga mendidih.
4. Masukkan baby corn, kacau selama 2 minit & angkat.
5. Hidangkan bersama perahan limau nips, hirisan cili padi, daun ketumbar & bawang goreng. Sedia untuk dihidang.


TELUR DADAR DAUN KESUM

Telur Dadar Daun Kesum

Bahan-bahannya:
2 biji telur gred A
4 tangkai daun kesum bahagian pucuk diambil daun sahaja
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa (serbuk/kiub ikan bilis@ayam, aji dll)
sedikit minyak untuk menggoreng

        

Cara Membuatnya:
1. Campurkan semua bahan kedalam mangkuk, pukul telur dengan garpu sehingga sebati.
2. Panaskan minyak, goreng telur dengan api yang perlahan. Balikkan apabila bahagian bawah telah masak.
3. Angkat, potong ikut besar yang dikehendaki, sedia untuk dihidang bersama lauk pauk yang lain.

Thursday, July 12, 2012

NASI GORENG IKAN REBUS GORENG

Nasi Goreng Ikan Rebus Goreng

Bahan-bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih sejuk
4 tangkai cili kering ditumbuk
1 biji bawang besar merah ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk kasar
1 keping ikan tongkol rebus, digoreng, diasingkan tulang & ditumbuk
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis
Hirisan kobis


       

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah & cili kering sehingga naik bau & rempah masak.
2. Masukkan Ikan, garam, gula & bahan perasa, kacau hingga sebati.
3. Masukkan nasi & kobis, kacau hingga nasi kering & tidak melekat.
4. Hiaskan dengan daun salad, tomato ceri & daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.

BIHUN GORENG AYAM CENDAWAN

Bihun Goreng Ayam Cendawan

Bahan-bahannya:
400 gm bihun kering direndam sehingga lembut @ kalau nak cepat boleh dicelur dengan air panas & ditoskan.
1+1/2 biji bawang besar merah dikisar
150 gm cendawan tiram dikisar
150 gm isi ayam dipotong kecil
1 sudu makan pes cili dalam minyak
4 ulas bawang putih diketuk
4 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan cuka
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
hirisan kobis
minyak untuk menumis


        

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar, kacau hingga rempah masak.
3. Masukkan pes cili & ayam, kacau hingga ayam masak.
4. Masukkan garam, gula, bahan perasa, kicap & cuka, kacau hingga sebati
5. masukkan bihun & kobis, kacau hingga sebati dan bihun menjadi lembut & kering.
6. Angkat, hiaskan dengan hirisan tomato, daun salad & cili padi. sedia untuk dihidang.

         

SPAGHETI SHIMEJI DAGING PERISA SELASIH & BAWANG PUTIH

Spagheti Shimeji Daging Perisa Selasih & Bawang Putih

Bahan-bahannya:
750 gm (1+1/2 paket) Sphageti direbus dengan  2 sudu makan minyak masak & 1 sudu teh garam, sehingga lembut @ masak, ditoskan.
1 botol sos spagheti selasih & bawang putih brand kimbal
6 sudu makan tomato puree
400 gm daging kisar brand Ramly
2 sudu makan pes cili dalam minyak
3 biji bawang besar holland dimayang @ cincang halus
150 gm cendawan shimeji dibuang akar & dipisahkan daripada rumpun.
1 cawan air
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa (contoh: kiub ayam, kiub@ serbuk ikan bilis,aji dll)
minyak untuk menumis


         

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga kekuningan, masukkan pes cili & tomato puree, kacau hingga sebati.
2. Masukkan daging kisar & air, kacau sekejap, biarkan mereneh selama 15 minit@ sehingga daging masak.
3. Masukkan sos Spagheti kimbal, garam , gula & bahan perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan Cendawan shimeji, kacau 2 minit & angkat.
5. Tuangkan kuah spagheti keatas mee spagheti, hiaskan dengan daun kemangi. Sedia untuk dihidang.

        



Wednesday, July 11, 2012

NASI GORENG IKAN SINGGANG

Nasi Goreng Ikan Singgang


Bahan-bahannya:
1 pinggang penuh nasi putih sejuk
1 keping ikan tongkol singgang ditoskan, dibuang tulang & dihancurkan isi dengan tangan.
1 sudu makan pes cili dalam minyak
1 biji bawang besar merah dimayang @ cincang halus
4 ulas bawang putih diketuk
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
hirisan kobis
minyak untuk menumis





Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bawang merah, kacau hingga kekuningan.
3. Masukkan pes cili, ikan tongkol, garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan nasi & kobis, kacau hingga nasi kering & tidak melekat.
5. Hiaskan dengan daun bawang, salad, & hirisan cili padi. Sedia untuk dhidangkan.

SINGGANG IKAN TONGKOL BERSAMA CELERY

Singgang Ikan Tongkol Bersama Celery

Bahan-bahannya:
500gm ikan tongkol
4 cawan air
3 batang celery dipotong kecil
5 biji cili padi (kalau nak pedas, diketuk @ potong 2)
5 keping hirisan lengkuas
4 keping hirisan kunyit
1 biji tomato dibelah 8
1 keping asam keping
gula melaka secukupnya
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa


        

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali, cili, tomato & celery. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan cili, tomato & celery, biarkan mereneh selama 3 minit & angkat.
3. Hiaskan dengan daun ketumbar & tomato ceri. Sedia untuk dihidang.


         



NASI GORENG NENAS BERSAMA UDANG

Nasi Goreng Nenas Bersama Udang



Bahan-bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih
6 ekor udang dibuang kulit
1 keping nenas potongan bulat, dihiris kecil
1 biji telur
1 biji bawang besar dicincang halus
4 ulas bawang putih
hirisan kobis
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis


         

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan bawang merah, kacau hingga kekuningan.
3. Masukkan telur, kacau hingga berketul
4. Masukkan nenas, udang, garam, gula & perasa, kacau hingga udang masak.
5. Masukkan nasi & kobis, kacau hingga sebati, nasi tidak melekat & kering.
6. Angkat, hiaskan dengan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.



 

Tuesday, July 10, 2012

GULAI TELUR REBUS

Gulai Telur Rebus

Bahan-bahannya:
8 biji telur ayam direbus & dibuang kulit
2 sudu makan rempah kari ikan
3 tangkai cili kering dikisar
1 biji bawang besar merah dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
1.5cm halia dikisar
1.5cm kunyit dikisar
4 keping hirisan lengkuas dikisar
1 sudu makan ketumbar dikisar
4 cawan santan
1 keping asam keping
gula melaka@ nissan secukupnya
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa


        

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali telur. Kacau  hingga mendidih.
2. Masukkan telur, biarkan mereneh selama 5 minit.
3. Angkat, hiaskan dengan belahan tomato, sedia untuk dihidang.



Sunday, July 8, 2012

SOTONG PANGGANG SOS ORANGE BERCILI

Sotong Panggang Sos Orange Bercili

RESEPI SOTONG PANGGANG

Bahan-bahannya:
9 ekor sotong dikelar halus 
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan minyak zaitun
sedikit perasa
sedikit serbuk lada hitam


Cara Membuatnya:
1. Gaulkan sotong dengan semua bahan-bahan diatas. Perap selama 10-15minit.
2. Panggang atas fry pan sehingga kering air.
3. Angkat & susunkan diatas pinggan.


RESEPI ORANGE BERCILI

          

Bahan-bahannya:
1 biji bawang besar dimayang/ dicincang halus
4 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji orange diambil jusnya
1 sudu makan pes cili dalam minyak
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak zaitun untuk menumis



Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang merah, kacau hingga layu.
2. Masukkan pes cili,  jus orange, garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
3. Angkat & tuangkan keatas sotong panggang diatas.
4. Hiaskan dengan daun bawang, daun sadri, & hirisan buah orange. sedia untuk dihidang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...