Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Sunday, July 8, 2012

SUP EKOR

Sup Ekor


Bahan-bahannya:
450gm ekor lembu
1 paket sup bunjut
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar holland dimayang/ cincang halus
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 batang sadri dipotong kecil
1 biji tomato dibelah 8
1/2 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu makan serbuk sup
1 biji jus limau nipis
7 cawan air
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak zaitun untuk menumis




Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, kacau hingga kekuningan. 
2. Masukkan air, ekor, garam, gula, perasa, serbuk sup & sup bunjut. Tutup tudung periuk, renehkan selama satu jam.
3. Masukkan jus limau nipis, batang sadri, tomato & bawang besar. Biarkan selama 2 minit & angkat.
4. Hiaskan dengan hirisan cili padi, daun sadri, gulungan kulit tomato & bawang goreng, sedia untuk dihidang.

SAMBAL BELACAN CUKA

Sambal Belacan Cuka

Bahan-bahannya:
25 biji cili padi merah
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
1 sudu teh belacan
4 sudu makan cuka
sedikit perasa (kiub ayam, pati ikan bilis dll)


Cara Membuatnya:
1. Kisar semua bahan hingga hancur.
2. Sedia untuk dihidang.

NASI MINYAK KISMIS BERSAMA GULAI DARAT AYAM

Nasi Minyak Kismis Bersama Gulai Darat Ayam 

RESEPI NASI MINYAK KISMIS

Bahan-bahannya:
6 pot beras dicuci bersih & ditoskan
1 biji bawang besar holland dimayang halus
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 helai daun pandan disimpul
1/2 cawan kismis
1/2 cawan susu cair
1 sudu teh garam
2 sudu makan planta
1/2 cawan minyak zaitun
7 titik pewarna merah ceri
Air secukupnya

         

Cara Membuatnya:
1. Cairkan planta, masukkan minyak zaitun, tumis bawang besar bersama bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga sehingga naik bau. 
2. Masukkan air, susu cair, garam, daun pandan, kismis & beras. Pindahkan bahan ke periuk elektrik, tekan cook, biarkan sehingga masak.
3. Titiskan pewarna merah pada permukaan nasi pada tempat yang berlainan, kemudian kacau/goreskan nasi hingga serata. Sedia untuk dihidang bersama gulai darat ayam, sambal belacan cuka & acar timun.

PAK CHOY GORENG HALIA BERSAMA TELUR

Pak Choy Goreng  Halia Bersama Telur

Bahan-bahannya:
200gm Pak Choy dipotong kecil
5 ulas bawang putih diketuk
5 hirisan halia dimayang halus
1 biji telur
2 sudu makan kicap cair
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air
garam & gula secukup rasa
sedikit perasa
minyak zaitun untuk menumis

         

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih & halia hingga naik bau
2. Masukkan telur, kacau hingga berketul.
3. Masukkan Pak choy, kicap, garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga pekat & angkat.
5. Hiaskan dengan bawang goreng & tomato ceri. Sedia untuk dihidang.


Saturday, July 7, 2012

CENDAWAN TIRAM GORENG BERSAMA BILIS

Cendawan Tiram Goreng Bersama Bilis

Bahan-bahannya:
150gm cendawan tiram
4 ulas bawang putih diketuk
1/2 biji bawang besar dibelah 4
5 biji tomato ceri dibelah 2
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan ikan bilis yang dibelah
sedikit air
garam & gula secukup rasa
minyak zaitun untuk menumis


Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bilis, kacau sekejap hingga kekuningan.
3. Masukkan sedikit air, sos tiram, garam & gula, kacau hingga sebati.
4. Masukkan cendawan, tomato ceri & bawang besar. Kacau selama 2 minit & angkat.
5. Sedia untuk dihidang.


Wednesday, July 4, 2012

SAMBAL IKAN SARDIN UDANG KERING

Sambal Ikan Sardin Udang Kering

Bahan-bahannya:
4 ekor ikan sardin@ selayang, dikelar, dilumur garam & kunyit, digoreng hingga garing, ketepikan.
2 sudu pes cili dalam minyak
1+1/2 biji bawang besar holland, dicincang@ mayang halus
4 ulas bawang putih diketuk
2 sudu makan udang kering, direndam air panas & ditumbuk
2 hirisan halia dimayang halus
1/2 cawan air (jika perlu)
1/2 sudu teh pes asam jawa adabi
Gula melaka @ nissan  secukupnya
Garam secukupnya
sedikit bahan perasa
minyak untuk menggoreng & menumis


        

Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang besar & halia, kacau hingga kekuningan.
2. Masukkan pes cili, asam jawa, air, gula melaka, garam & perasa. Kacau hingga sebati & kuah likat.
3. Angkat, siramkan kuah keatas ikan goreng tadi.
3. Hiaskan dengan tomato ceri & hirisan daun ketumbar, sedia untuk dihidangkan.

KENTANG BERSARDIN ROLL

Kentang Bersardin Roll

Bahan-bahannya:
33 keping roti sandwich gardenia dimampatkan
4 biji telur gred A untuk celupan
serbuk roti secukupnya untuk salutan
Mayonis secukupnya untuk gam
Minyak untuk menggoreng


 
Bahan untuk inti:
155 gm sardin dalam tin (Ummi guna Ayam Brand)-dihancurkan
3 biji kentang dipotong dadu & kecil
1 biji bawang besar holland dicincang halus
1 sudu makan serbuk cili @ 2 sudu makan cili boh
1/2 cawan air
Garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis



Cara Membuat Inti:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu
2. Masukkan serbuk cili,  kentang & air, kacau hingga kentang empuk.
3. Masukkan sardin, garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati, angkat & sejukkan.

        


Cara Membuatnya:
1. Letakkan 1 sudu makan inti keatas roti yang dimampatkan, gulung separuh, sapukan mayonis dihujungnya untuk gam. Gulung sampai habis. Ulangi langkah yang sama sehingga habis inti & roti.
2. Celupkan roll kedalam telur, golekkan diatas serbuk roti, goreng hingga warna keemasan. Angkat & sedia untuk dihidang.
3. Boleh juga disimpan dalam frezer untuk dibekukan (selepas disalut dengan telur & serbuk roti, masukkan dalam tupperware & simpan kat freser). Ummi buat ni untuk 3 kali goreng.

          

NASI GORENG BILIS BLACKPAPER

Nasi Goreng Bilis Blackpaper

Bahan-bahannya: (2-3 orang)
1 pinggan penuh nasi putih sejuk
2+1/2 sudu makan ikan bilis ditumbuk
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk
1 biji bawang besar merah ditumbuk
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Hirisan kobis
minyak untuk menumis


         

Cara Membuatnya:
1. Panaskan Minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bahan tumbuk, kacau hingga keperangan, masukkan telur, kacau hingga berketul.
3. Masukkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan nasi & kobis, kacau hingga sebati, kering & tidak melekat.
5. Angkat, hiasakan dengan bahan hiasan dibawah, sedia untuk dihidang.



Bahan Hiasan:
Belahan tomato ceri
Hirisan Daun Ketumbar
Ikan Bilis Goreng

GULAI IKAN SEPAT MASIN BERSAMA NENAS

Gulai Ikan Sepat Masin Bersama Nenas


Bahan-bahannya:
10 ekor ikan sepat masin direndam 30 minit dalam air untuk kurangkan masin
2 potongan nenas yang dipotong melintang, dipotong kecil.
5 cawan santan (Ummi guna santan kelapa sawit khalis 1 cawan santan khalis + 4 cawan air)
4 tangkai cili kering ditumbuk
1 biji bawang besar merah ditumbuk
3 hirisan lengkuas ditumbuk
2 cm kunyit hidup ditumbuk
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa


          

Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk, masak dengan api yang sederhana, sentiasa kacau hingga mendidih.
2. Angkat, sedia untuk dihidang.


          


Tuesday, July 3, 2012

SAMBAL CILI KERING BAWANG BAKAR

Sambal Cili Kering Bawang Bakar

Bahan-bahannya:
15 tangkai cili kering, dipotong kecil, dimasak hingga mendidih & lembut,
2 biji bawang merah dibakar
garam & gula secukup rasa
sedikit cuka makan (anggaran 3/4 sudu teh)

       


Cara Membuatnya:
1. Tumbuk semua bahan diatas hingga lumat & akhir sekali gaul dengan cuka.
2. Sedia untuk dihidang bersama nasi berlauk @ laksam/ laksa kuah lemak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...