Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Wednesday, September 28, 2011

NASI MINYAK HUJAN PANAS

Nasi Minyak Hujan Panas


Bahan-bahannya:
4 pot beras, dicuci & ditoskan
1 biji bawang besar holland dihiris dadu
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1/2 cawan kismis
3 sudu besar minyak sapi/marjerin/planta/minyak masak/minyak zaitun
2 jenis perwarna (ikut suka warna apa)
Air secukupnya
Bawang goreng & daun bawang untuk hiasan


Nasi yang baru masak dititiskan dengan perwarna


Cara Memasak:
1. Cairkan minyak sapi/marjerin/planta, tumis bawang besar bersama bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga sehingga naik bau.
2. Masukkan beras bersama kismis & air secukupnya.
3. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker, tekan, tunggu hingga naik/ masak.
4. Apabila nasi dah masak titiskan perwarna ke atasnya. Gaul hingga rata.
5. Taburkan bawang goreng & daun bawang ke atasnya.
6. Sedia untuk dihidang


# Sedap dimakan bersama Ayam masak merah+Dalca+Jelantah@
# Sedap dimakan bersama Gulai Ayam+Acar Timun+Sambal Belacan.

Thursday, September 8, 2011

SUP AYAM TOMATO


Sup Ayam Tomato
Bahan-bahan:
Ayam bahagian tulang (kaki ayam, rangka ayam + isi kalau suka dll)
2 biji tomato dipotong dadu
1 bungkus rempah sup bunjut
2 kuntum bunga lawang
1" kulit kayu manis
1" halia diketuk
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
5 ulas bawang putih diketuk
2 biji bawang besar dikisar halus
Sedikit serbuk lada hitam
Air untuk rebusan secukupnya
Garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis


Bahan untuk hiasan:
Daun sup
Daun bawang
Bawang Goreng


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih bersama bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, & bunga cengkih sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar, tumis sehingga masak, masukkan tomato, kacau sehingga layu.
3. Masukkan air, ayam serta bahan-bahan yang lain seperti halia, gula, garam, bahan perasa, serbuk lada hitam & sup bunjut. Biarkan sehingga mendidih.
4. Siap untuk dihidang & dihiaskan dengan daun sup, daun bawang & bawang goreng. Kalau suka boleh letakkan hirisan cili padi & perahan air limau nipis.


* Sedap dimakan bersama nasi ayam tomato @ nasi putih.

Wednesday, September 7, 2011

NASI AYAM TOMATO

Nasi Ayam Tomato
Bahan-bahannya:
5 pot Beras (dibasuh & ditoskan)
Air rebusan ayam secukupnya (Rebus ayam+halia+bawang putih+air)
2 biji tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 kuntum bunga lawang
1 " kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kiub ayam
marjerin untuk menumis


Bahan untuk hiasan
1 biji tomato, diambil kulit & dibentukkan bunga ros/ dihiris nipis bulat
1 biji timun dihiris serong
Bawang goreng


Cara membuatnya:
1. Cairkan marjerin/planta, tumis bawang besar bersama bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga sehingga naik bau. (diatas dapur gas guna periuk rice cooker)
2. Masukkan tomato, kacau sehingga layu.
3. Masukkan beras,  air rebusan ayam secukupnya.
4. Tambahkan 2 kiub ayam/ bahan perasa
5. Tutup api & pindahkan periuk nasi ke dalam rice cooker.
6. Buka suis, tekan cook, biarkan sehingga masak.
7. Sendukkan ke dalam pinggan, hiaskan dengan timun, tomato & bawang goreng.


*Nasi Ayam tomato sedap dimakan bersama dengan: Sup Ayam Tomato, Ayam madu blackpaper, Sambal tomato & Kicap perahan limau nipis.
                                                                                

Tuesday, September 6, 2011

PUCUK PAKU GORENG RENCAH UDANG KERING

Pucuk Paku Goreng Rencah Udang Kering


Bahan-bahannya:
1 ikat pucuk paku dipotong (ambil bahagian yang lembut)
1 biji cili besar dihiris serong
1 biji tomato dihiris dadu
1 sudu besar udang kering direndam dengan air panas.
1/2 biji bawang besar dimayang/ ditumbuk.
3 ulas bawang putih diketuk
Garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan udang kering, cili merah & tomato. Kacau sebentar sehingga tomato layu.
3. Masukkan pucuk paku, garam, gula & bahan perasa. Kacau sehingga masak.
4. Sedia untuk dihidang.

KETUPAT SOTONG

Ketupat Sotong
Bahan-bahannya:
16 ekor sotong sederhana besar
1 biji santan pekat kelapa
1 cawan beras pulut yang direndam dengan santan & sedikit garam selama 1 jam.
1/2 sudu teh halba
1 cm halia dihiris halus
1 biji bawang besar merah dimayang halus
1 keping gula melaka
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa
16 batang lidi sepanjang 4cm/ 1.5" yang ditajamkan hujungnya.




Sotong yang telah siap diisi pulut sedia untuk dimasak
Cara membuatnya:
1. Isi pulut didalam 1/2 badan sotong (Jangan isi penuh kerana pulut akan mengembang & menyebabkan ia tak masak jika diisi penuh).
2. Tutup  sotong yang telah diisikan dengan pulut dengan kepalanya, cucuk dengan lidi supaya tidak tertanggal. Ulang langkah yang sama sampai habis sotong.
3. Letakkan sotong yang telah siap diisikan dengan beras pulut kedalam periuk.
4. Curahkan santan diatasnya, masukkan semua bahan-bahan lain.
5. Tutup dengan tudung periuk, masak dengan api yang perlahan selama 10 - 15 minit/ sehingga masak.
6. Siap untuk dihidang.

Monday, September 5, 2011

UDANG SAMBAL LEMAK MANIS

Udang Sambal Lemak Manis


Bahan-bahannya:
20 ekor udang dibuang kulit
1 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji tomato dipotong dadu
1 sudu besar pes cili
2 sudu besar susu cair
1 cm halia dihiris halus
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit bahan perasa


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar & halia sehingga naik bau.
2. Masukkan pes cili & tomato, kacau sehingga cili masak.
3. Masukkan udang & susu cair, kacau sehingga sebati.
4. Perasakan masakan dengan garam, gula & sedikit bahan perasa.
5. Kacau sehingga masak.
6. Sedia untuk dihidang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...